Pages

Wednesday 24 April 2013

Kejohanan Bola Baling MSSPP Zon Permatang Pauh 12 TKB

Salam sejahtera
        Sekolah Kebangsaan St. Mark Perai telah menyertai Kejohanan Bola Baling MSSPP zon Permatang Pauh 12TKB pada 22 April hingga 23 April di Padang Sekolah Kebangsaan Taman Inderawasih. Sekolah Pengelola adalah Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh. Sekolah Kebangsaan St. Mark telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan  lelaki dan pasukan perempuan. Jurulatih pasukan adalah Puan Siti Rohayu Hj Ismail dibantu Encik Amiruddin Hj Omar dan pengurus pasukan pula En. Irwan Shah Hj Mohd Nor. Pasukan sekolah bagaimanapun gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Walaupun gagal, para pemain sudah berusaha mempamerkan permainan yang meyakinkan dan ada potensi untuk terus maju pada masa akan datang. TAHNIAH.

    Sekolah juga bertuah kerana Setiausaha Sukan En. Hayazi Shorer telah dipilih membantu kejohanan tersebut. Penyertaan beliau untuk kali kedua selepas membantu kali pertama tahun lepas. Satu penghormatan kepda beliau dan pihak sekolah.

TAHNIAH kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda yang muncul juara kategori lelaki manakala Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir muncul juara kategori perempuan.

No comments:

Post a Comment