Pages

Friday 2 November 2012

Seminar Pembinaan Modul Aktiviti Kokurikulum



MINIT CURAI
Taklimat / Mesyuarat

Perkara            : Seminar Pembinaan Modul Aktiviti Kokurikulum
Tarikh             : 30 Oktober 2012 hingga 31 0ktober 2012
Hari                 : Selasa dan Rabu
Tempat            : Bilik Mesyuarat Sek. Men. Seberang Jaya
Anjuran           : Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah
BIL
PERKARA / ISU
CATATAN / TINDAKAN


1.





30 Oktober 2012 (Selasa)

Slot 1
Ucapan alu-aluan oleh Pegawai PPD
(En. Zanusi bin Othman)




-        Ucapan aluan daripada Pegawai PPD.
-        Sasaran kursus agar semua setiausaha
kokurikulum memahami tugas dan melaksanakan pengurusan dengan baik di sekolah disamping mempunyai maklumat yang betul bagi menjalankan aktiviti kokurikulum.


2



















Slot 2
Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Kecemerlangan Kokurikulum
Penceramah:
( En. Zanusi bin Othman)

-        Menjelaskan bahawa kurikulum sekolah yang digubal merupakan satu usaha berterusan bagi membangunkan anak-anak secara menyeluruh, merangkum pelbagai dimensi, seperti yang terkandung dalam FPK.

-        Kementerian juga menetapkan setiap murid mengambil bahagian sekurang-kurangnya 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform.


-        Memahami aspirasi sistem pendidikan dan
murid di Malaysia iaitu:
a) Aspirasi sistem-akses,kualiti,ekuiti,  
   perpaduan dan kecekapan perlu disepadukan      
   dan digerakkan secara bersama.
b) Aspirasi murid-terbahagi kepada
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian serta identiti nasional.

-        Anjakan 3:Melahirkan rakyat Malaysia yang
                 menghayati nilai.

-        Anjakan 5:Memastikan kepimpinan berprestasi
                tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

-        Anjakan 10:Memaksimumkan keberhasilan
                 murid bagi setiap ringgit.

-        Sekolah perlu menyertai 2 penyertaan daripada
5 Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan dengan muat turun di
laman ppd spt.blogspot. iaitu:
a) sekolah cemerlang
b) murid cemerlang kokurikulm
c) guru cemerlang kokurikulum
d) pasukan bdan beruniform/kelab persatuan
    cemerlang
e) pengurusan cemerlang kokurikulum
peringkat sekolah

-        SPI. Bil 2/2007(Peruntukan waktu kegiatan
kokurikulum) iaitu sekolah rendah:
a) Tahun 3 dan Tahun 4 (60 minit seminggu)
b) Tahun 5 dan Tahun 6 (120 minit seminggu)

-        Laporan yang dihantar ke PPD perlu
dinyatakan:
a) disediakan oleh;
b) disemak oleh;
c) disahkan oleh;

-        Sekolah perlu mengadakan perhimpunan bulan kokurikulum pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan.


3

Slot 3
Pengurusan Kokurikulum
Penceramah:
(Pn. Sharifah Atikah)


-        Menjelaskan 20 tugas dan tanggungjawab setiausaha kokurikulum.
-        Memastikan penyediaan fail kokurikulum.
-        Pengurusan majlis iaitu aplikasi protokol dalam sesuatu majlis formal dan tidak formal.


4

Slot 4
Bengkel Perancangan Kokurikulum 2013


-        Merancang dan menyediakan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sepanjang tahun berdasarkan takwim sekolah.
-        Pembentangan kumpulan mengikut kelompok.


5


31 Oktober 2012 (Rabu)

Slot 5
Pengurusan Kewangan Kokurikulum
Penceramah:
(En. Bakri bin Othman)



-        Memastikan kewangan yang diberikan kepada sekolah dibelanjakan dan diurus dengan betul.
-        Peruntukan kewangan  kokurikulum bagi sekolah rendah ialah RM 10.00 bagi setiap murid.
-        Peruntukan kewangan sekiranya aktiviti dijalankan adalah seperti berikut:
a)dalam daerah selama separuh hari RM 5.00
   bagi seorang murid.
b)dalam daerah  selama 1 hari ialah RM 10.00
    bagi seorang murid.
c) Jika aktiviti di luar kawasan/ daerah adalah
RM 30.00 bagi seorang murid.
-        Pembiayaan adalah meliputi:
a)urusan makanan dan minuman
b) penginapan
c) sewaan
d) perjalanan
e) dokumen
f) cetakan bahan-bahan dan edaran

-        Pembelian peralatan hanya untuk kegunaan:
a) aktiviti pasukan unit beruniform
b) kelab/persatuan
c) kelab sukan dan permainan

-        Peruntukan berdasarkan nisbah 4:1 iaitu;
4 untuk kokurikulum dan 1 untuk pembangunan sahsiah yang berkaitan dengan kokurikulum.

-        Peruntukan kewangan tidak boleh digunakan untuk perkara-perkara lain contohnya:
a) Sukan tahunan- bayar hadiah sukan tahunan
    sekolah
b) Membiayai pengurusan- saguhati untuk
     penceramah UPSR
c) Aktiviti untuk kecemerlangan UPSR
d) Merentas desa – memberi sijil dan hadiah

-        Berdasarkan pekeliling semua guru perlu terlibat dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.

-        Guru perlu diberi surat lantikan sebagai guru penasihat dalam bidang kokurikulum sebagai punca kuasa mengurus dan mengendalikan kokurikulum.

6


Slot 6
Ujian prestasi
(En. Zanusi bin Othman)


-        Menjawab ujian personaliti, uji minda dan berkenaan Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

7


Slot 7
Penilaian kursus dan Majlis Penutup
(En. Nazari – Ketua Unit PPK)


-        Harapan PPD agar aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan baik di sekolah demi pembangunan dan kemajuan murid.
-        Majlis penyampaian sijil penyertaan kepada semua setiusaha kokurikulum.



Pelapor :



…………………………………..                                                      Tarikh : 2 November 2012
NAZLIDA BINTI MANSOR
Setiausaha Kokurikulum
Sek. Keb. St. Mark Perai

No comments:

Post a Comment