Pages

Wednesday 16 July 2014

PROGRAM PSS SEPANJANG BULAN RAMADAN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

            Sepanjang bulan Ramadan ini, pusat sumber masih dibuka seperti biasa untuk peminjaman dan pemulangan buku. Murid-murid juga boleh membaca buku di PSS ketika waktu rehat. Cuma, ada penambahan aktiviti Panitia Agama Islam iaitu menjalankan solat hajat dan solat Duha di PSS ketika waktu rehat tahap 2, khususnya untuk murid-murid Islam Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.
           Kerjasama PSS dengan Panitia Agama Islam pada setiap tahun sangat memberangsangkan. Sebelum mengakhiri catatan pada kali ini, saya secara peribadi mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi kepada semua warga sekolah. sepuluh jari disusun memohon kemaafan jika sepanjang perbualan dan perbuatan mengundang rasa kemarahan atau ketidakpuasan hati.

Siti Rohayu Ismail
Guru Perpustakaan & Media
SK St. Mark Perai