Pages

Wednesday 20 March 2013

Program Motivasi Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Penolong Ketua Kelas dan Ketua Kelas

Salam sejahtera....

Satu program motivasi untuk pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, penolong ketua kelas dan ketua kelas telah sempurna diadakan pada hari Rabu 20 Mac 2013. Program bermula jam 7.40 pagi dan tamat sejam kemudian. Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Besar. Program dikendalikan oleh Cikgu Hayazi Shorer seorang kaunselor lantikan sekolah. Program sebegini akan terus dilakukan selepas ini memandangkan banyak lagi input yang belum dapat diberikan. Kerjasama penuh daripada pihak sekolah amat diharapkan.

Sekian , terima kasih.
Hayazi Shorer
Kaunselor Sekolah

Saturday 16 March 2013

Terima Kasih Daun Keladi

Selamat sejahtera...
Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua rakan yang telah bersama membantu dan bersama menjayakan Pertandingan Bola Jaring MSSPP Zon Permatang Pauh 12 TKB yang telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mac hingga 14 Mac 2013 di padang SK Taman Inderwasih. 


"SEKOLAH KITA, KITA JAGA, BIAR BERJAYA"






Normalawati dan Hayazi
Setiausaha dan Penolong Setiausaha
Kejohanan Bola Jaring






Monday 11 March 2013

Pertandingan Bola Jaring MSSPP zon Permatang Pauh Bawah 12 Tahun

Salam sejahtera...

Sekolah Keb. St. Mark Perai pada tahun ini menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Bola Jaring MSSPP Zon Permatang Pauh bawah 12 Tahun.

Kejohanan akan berlangsung pada 13 Mac hingga 14 Mac 2013 (Rabu dan Khamis) bermula 2.30 petang.

Kejohanan akan berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Taman Inderawasih.

Sekian untuk makluman...

Hayazi Shorer
Setiausaha Sukan