Pages

Friday 28 December 2012

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

GURU MENGAJAR MURID BELAJAR

 Oleh : Hjh Siti Aminah Bt Ibrahim

 ABSTRAK
Pengetua sebagai pemimpin kurikulum di sekolah perlu memastikan Tiga Idea Utama Pendidikan terlaksana secara berkesan iaitu fokus kepada pembelajaran murid, kolaborasi antara guru (kerja sepasukan) dan fokus kepada hasil atau kemenjadian murid. .

 Guru yang meninggalkan bilik darjah selalunya mempunyai urusan atau alasan yang munasabah. Pasukan pentadbiran sekolah harus bijaksana dalam memainkan peranan  memastikan academic learning time atau masa pembelajaran berkesan berjalan lancar dan guru mesti ada dalam bilik darjah serta berfungsi dengan sewajarnya.

Beberapa cadangan diutarakan dalam kertas kerja ini bersama strategi pelaksanaannya seperti Latihan Dalam Perkhidmatan, guru membuat tukar ganti atau jual beli kelas, carta alir yang menetapkan SOP (Standard Operating Prosedur) bagi guru cemerlang atau penceramah (guru) keluar sekolah masa P&P, meninggalkan latihan untuk murid semasa berkursus melebihi satu hari, amalan pemantauan “Learning Walk”  dan Program “Teach To Teach”.
Usaha melindungi masa instruksional (protecting instruksional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid ini  memerlukan kerjasama dan sokongan padu daripada semua peringkat lapisan sekolah kerana kejayaan melindungi masa instruksional tidak mampu dicapai tanpa kerja berpasukan yang mantap.
 
1.0              PENGENALAN
Semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM adalah berfokus kepada keberhasilan pembelajaran murid dan ianya harus dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang telah disasarkan. Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran secara berkesan berlaku tanpa halangan.  Justeru, pengetua sebagai pemimpin kurikulum di sekolah bertanggungjawab memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan ini atau “academic learning time” berlaku dalam kalangan murid-murid.


1.0              ISI KANDUNGAN

 I.                   PERNYATAAN ISU

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat.  Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9 menekankan usaha-usaha dilaksanakan agar dapat merealisasikan Misi Nasional. Namun begitu perubahan dasar yang drastik dan kritikal telah memberi tekanan yang amat besar kepada guru-guru di seluruh negara hingga berlaku kealpaan pada sikap amanah seorang guru terhadap muridnya. Sedikit demi sedikit nilai kemanusiaan seorang guru terhakis termasuklah nilai kepimpinan dan matlamat amanah bekerja terhadap profesionnya.

Guru-guru meninggalkan bilik darjah atas urusan atau alasan seperti:

1        Mesyuarat/hadiri taklimat
2        Berkursus
3        Menghadiri majlis rasmi
4        Jemputan ceramah (Guru Cemerlang)
5        Mengiringi murid dalam pertandingan koakademik, sukan dan permaianan
6        Sikap guru yang kurang “sense of urgency” untuk hadir ke kelas tepat masanya.
7        Sikap murid yang tidak minat belajar.
8        Guru cuti sakit atau kecemasan.
9        Guru cuti bersalin.
I.                   CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN
Pengetua bertanggungjawab melindungi masa instruksional (masa pengajaran dan pembelajaran) atau dengan kata lain memastikan guru mesti ada dalam bilik darjah dan berfungsi sewajarnya.
 Kertas kerja ini menyediakan cadangan tindakan atau penyelesaian kepada isu guru meninggalkan bilik darjah mengikut keadaan berikut:
A.    Latihan dalam Perkhidmatan.
Sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan  yang menekankan amanah merupakan salah satu daripada sifat atau akhlak yang mulia. Oleh itu tugas atau pekerjaan yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap orang, lebih-lebih lagi tugas atau pekerjaan yang dibayar upah daripadanya adalah salah satu daripada amanah yang wajib dilaksanakan. Melaksanakan tugas atau tanggungjawab itu pula hendaklah dengan penuh sifat amanah seperti Firman Allah swt:  Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu,sedang kamu mengetahui (salahnya). (Surah al-Anfal :27).
Guru-guru mesti memastikan jumlah waktu pengajaran yang telah diamanahkan peruntukan masa untuk mengajar mestilah mencukupi bagi setiap mata pelajaran yang diajar bagi setiap minggu. Perlu diingatkan sebagai seorang Islam, kecukupan masa mengajar yang merupakan amanah seorang guru akan disoal apabila di akhirat nanti.
A.    Meninggalkan bilik darjah untuk satu hari (seperti menghadiri mesyuarat, kursus, taklimat, menghadiri majlis rasmi, memohon cuti CRK, mengiringi murid dan jemputan ceramah).
 
·         Guru-guru hendaklah seboleh-bolehnya  membuat tukar ganti atau jual beli masa pengajaran dengan guru-guru lain yang mengajar kelas yang sama sebelum menghadiri urusan tersebut. Sebuah papan kenyataan disediakan di bilik guru untuk guru-guru membuat urusan tukar ganti atau jual beli kelas dan memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran apabila urusan tukar ganti atau jual beli selesai. 
·         Bagi sekolah-sekolah luar bandar  yang muridnya tidak cemerlang dan ibu bapa kurang prihatin terhadap prestasi akademik anaknya, pihak sekolah menghadapi masalah kehadiran murid-murid jika bengkel teknik menjawab peperiksaan dibuat pada sebelah petang. Oleh itu, guru akan menyusun jadual ceramah supaya dilaksanakan pada sebelah pagi bagi mengatasi masalah ketidakhadiran murid. Situasi ini kadang-kadang disalahkan erti oleh pengetua yang guru cemerlang atau penceramah bertugas di sekolahnya dalam usaha sama-sama melindungi masa instruksional di sekolah masing-masing. Justeru, satu carta alir yang menetapkan SOP (Standard Operating Prosedur) dicadangkan untuk diaplikasikan bersama antara pengetua ( rujuk Lampiran 2) dalam usaha memastikan kepakaran guru dan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid dikongsi bersama. 
·         Jika masa P&P diguna untuk ceramah atau bengkel teknik menjawab peperiksaan, sudah pasti P&P rasmi yang sepatutnya berjalan terhalang yang melibatkan guru P&P rasmi dan guru yang mata pelajarannya sedang diberi ceramah. Justeru, dalam  usaha melindungi masa instruksional penyelesaian yang harus diambil ialah :
-          Bagi guru yang masa P&P rasmi terhalang.
Ketua Panitia cari alternatif  supaya P&P rasmi guru tersebut  diganti hari lain. Sebaiknya masa P&P rasmi mata pelajaran yang dibuat teknik menjawab dijadikan ganti.
-          Bagi guru yang  mata pelajarannya sedang diceramah.
Guru tersebut mungkin ada P&P kelas  lain pada masa itu. Jika guru ingin mengikuti ceramah bersama murid, hendaklah membuat tukar ganti kelas dengan guru lain supaya P&Pnya tidak kekurangan waktu mengajar.
A.    Meninggalkan bilik darjah melebihi satu hari (seperti menghadiri kursus)
Guru-guru akan sama ada membuat :
·         urusan tukar ganti atau jual beli kelas sebelum menghadiri kursus, atau
·         meninggalkan latihan atau kerja murid dengan menulis tarikh dan masa latihan perlu diedarkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. Guru guru ganti akan memastikan murid membuat latihan pada masa/waktu mata pelajaran sepatutnya berlaku. Dengan ini, masa instruksional untuk mata pelajaran tersebut dilindungi.  
B.     Kurang sense of urgency untuk hadir ke kelas tepat masanya.
Kepimpinan instruksional merupakan pemimpin sekolah yang mengambil peduli atau cakna terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pengetua perlu sentiasa kelihatan dan mengekalkan visibiliti yang tinggi dalam usaha memperbetulkan keadaan sekolah untuk penambahbaikan prestasi murid. Dalam situasi ini, pengetua mengamalkan pemantauan  Learning Walk   yang melibatkan:  
·         lawatan ringkas pengetua( tanpa menetapkan masa lawatan) ke bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan
·         pengetua berada dalam bilik darjah dengan memfokuskan kepada kurikulum operasi selama 5 – 10 minit.
·          data dikumpul daripada proses P&P dengan membuat catatan dalam borang pemantauan (rujuk Lampiran 3).
·         guru dan pengetua membuat muhasabah (reflect) proses pengajaran.
·         dalam perjumpaan guru, pengetua berkongsi amalan pengajaran yang baik dan menegur kebiasaan yang ditemui semasa lawatan  
C.    Sikap murid yang tidak minat belajar.
Satu daripada punca yang dikenalpasti di sekolah ini guru meninggalkan bilik darjah ialah kerana rasa putus asa apabila murid tiada  minat untuk belajar. Guru membuat persediaan untuk mengajar mengikut Rancangan Pengajaran Harian tetapi murid ‘hilang’ atau tidak berada di dalam kelas, ponteng mata pelajaran tertentu dan selalu tidur semasa guru mengajar. Bagi seorang guru yang merasakan ”teaching is a work of heart”, situasi begini akan dapat ditangani dengan mudah dan efektif. Tetapi bagi sesetengah guru yang kurang bermotivasi, jalan mudah diambil ialah dengan tidak berada dalam bilik darjah. Jika ini berlaku, punca masalah murid tidak berminat belajar tidak akan dapat diselesaikan. 
Cadangan penyelesaian bagi keadaan begini ialah program “Teach To Teach”. Strategi pelaksanaannya ialah :
·         Guru yang menghadapi masalah pengajaran atau masalah murid tidak memberi tumpuan semasa P&P berjumpa pengetua untuk berbincang.
·         Guru mengisi borang (rujuk Lampiran 1, Program “Teach To Teach” )
·         Menetapkan tarikh, hari, masa, topik yang hendak diajar dan memberi bahan pengajaran (jika ada) yang perlu kepada pengetua.
·         Pengetua melaksanakan pengajaran seperti dirancang oleh guru.
·         Pengetua memberi maklum balas kepada guru berkaitan pengajaran guru yang perlu dibaiki dan petua menarik minat pembelajaran murid.
·         Pengetua berkongsi amalan pengajaran yang baik dan menegur kebiasaan yang ditemui semasa pengajarannya dalam kelas yang bermasalah tadi.  
D.       Cuti Sakit atau Kecemasan
Bagi kes ini, masa instruksional dilindungi apabila guru ganti masuk kelas dengan membawa Bakul Ilmu (disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah untuk Program “1 School Reads”) untuk dibaca oleh murid-murid dan mengisi Rekod Buku Nilam jika selesai bacaan. 
E.     Guru Cuti Bersalin
Pengetua seharusnya memastikan enam bulan sebelum guru bercuti, guru telah merancang dan membuat kelas-kelas bagi menyelesaikan tajuk-tajuk mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan yang ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian untuk tajuk-tajuk yang perlu diselesaikan ini juga perlu dibuat pada muka surat khas supaya mudah dipantau oleh pengetua.
Kelas tambahan yang diadakan hendaklah dibuat selepas masa persekolahan, masa cuti persekolahan atau masa-masa lain yang sesuai tetapi tidak menggangu masa P&P rasmi.  Cadangan ini adalah untuk memastikan masa instruksional dilindungi jika sekolah tidak mendapat guru ganti pada masa guru cuti bersalin nanti.  
I.                   KESIMPULAN
Melindungi masa instruksional perlu dirancang dengan penuh kebijaksanaan oleh pemimpin sekolah dan guru-guru bagi memastikan pembelajaran berlangsung di sekolah dan murid akhirnya dapat belajar secara berkesan. Usaha ini  memerlukan kerjasama dan sokongan padu daripada semua peringkat lapisan sekolah kerana kejayaan melindungi masa instruksional tidak mampu dicapai tanpa kerja berpasukan yang mantap.  
1.0              SYOR
Dicadangkan agar program ini dapat dilaksanakan di semua sekolah. Pelaksanaannya diharap dapat memastikan Tiga Idea Utama Pendidikan (Three Big Ideas In Education) terlaksana iaitu fokus kepada pembelajaran murid, kolaborasi antara guru (kerja sepasukan) dan fokus kepada hasil atau kemenjadian murid.
2.0              RUJUKAN
1.      Bahan Kursus Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) untuk Guru Kanan, PK Pentadbiran, Pengetua Dan Guru Besar, pada 22 -24 Mei 2012 di IAB(Utara). 
2.      Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instruktional Time) Di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Nota Sektor Operasi Pendidikan, KPM 2012.
3.      Amalan-Amalan Terbaik Pengurusan Pendidikan. Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan, 2010.

Friday 21 December 2012

Mesyuarat Guru Pertama Sessi Persekolahan 2013

MESYUARAT GURU PERTAMA UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2013

Tarikh   : 26.12.2012
Hari       : Rabu
Masa      : 8.30 a.m. - 1.00 p.m.
Tempat  : Bilik Mesyuarat SK St Mark Perai
Pakaian  : Rasmi pejabat
Pengerusi Mesyuarat : En Abdul Razak b Kamal
Agenda   : 
1. Aluan Pengerusi Mesyuarat
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Terakhir
3. Perkara berbangkit
4. Perutusan dan Taklimat Guru Besar 
5. Perlantikan Rasmi Jawatankuasa 2013 dan edaran Takwim Perancangan 2013
6.Taklimat PK Pentadbiran dan Kurikulum
7.Taklimat PK Hal Ehwal Murid
8.Taklimat PK Kokurikulum
9. Hal-hal Lain
10.Penangguhan mesyuarat

Semua guru dijemput hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Terima kasih

Tuesday 27 November 2012

MINIT CURAI : KSSR DAN PBS DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

MINIT CURAI KURSUS PENDEDAHAN KSSR DAN PBS

DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

Nama Guru     : M.Tilaheshwary a/p Marimuthu

Perkara            : Kursus Pendedahan (KSSR) dan ( PBS ) Dunia Seni Visual Thn 3.

Penganjur        : Sektor Pengurusan Akedamik, JPN Pulau Pinang

Tempat            : SK Pokok Sena. Kepala Batas ( Dewan Sekolah)

Tarikh              : 10 – 13 Oktober 2012

Dunia Seni Visual bermatlamat : 

         untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.

         Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Laporan           :

10.10.2012 ( Rabu)

MASA
PERKARA
 
8.00-10.00 pagi
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
§            Taklimat umum KSSR Tahun 3 ( Pn. Norhayati bt. Mat Sharif )
§            Penerangan tentang Pengisian Dokumen Standard Kurikulum
     (Dunia Seni Visual)
 
-          Adalah Modul berteraskan Tema
-          Topik Penerangan yang terkandung di dalam dokumen standard kurikulum
a)      Organisasi Kurikulum Dunia Seni Visual
b)      Bidang Kegiatan ( terdiri daripada 4 bidang iaitu menggambar (lukisan, catan, gosokkan & renjisan), membuat corak dan rekaan (corak terancang & tidak terancang), membentuk dan membuat binaan ( mobail, boneka & topeng) dan akhir sekali mengenal kraf tradisional (anyaman, alat pertahankan diri, alat perhiasan diri)
c)      Pemetaan bidang kegiatan DSV Thn 3
d)     Standard Kandungan terdiri daripada ( persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresif kreatif, apresiasi seni visual )
e)      Standard Pembelajaran DSV
f)       Contoh modul pengajaran DSV tahun 3.
g)      Definisi standard pembelajaran dan standard kandungan
 
 
10.30-12.00
 tengahari
 
 
§            Penerangan tentang kemahiran Abad ke-21
-          Menekankan pembelajaran yang seimbang, cthnya lebih memusatkan atau memaksimakan penglibatan murid dalam proses pembelajaran dan pada masa yang sama guru berfungsi sebagai fasilitator atau pembimbing dan penilaian haruslah dijalankan dalam bentuk formatif dan sumatif, menekankan pembelajaran kolaboratif, membina keyakinan diri murid dan menjadikan mereka insan yang inovatif dan kreatif dan sbgnya untuk memenuhi kritirea peluang pekerjaan pada masa kini.
·         Elemen merentas kurikulum
-          Elemenen merentas kurikulum yang ditekankan dalam DSV Tahun 3 ialah keusahawanan yang terdiri daripada 5 indikator berikut:
a)      Mengamalkan sikap keusahawanan ( EK 1 )
b)      Mengamalkan cara berfikir kearah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan ( EK 2 )
c)      Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti kehidupan seharian yang relevan (EK 3 )
d)     Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi & vokasional ( EK 4 )
e)      Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan ( EK 5 )
 
 
2.00 – 5.00
petang
 
§  Panduan pengajaran DSV Tahun 3 ( Pn. Shazalila bt. Samsudin-Unit Pendidikan Seni Visual).
             -Standard Kandungan
a) 1.1 - Persepsi estetik ( Murid dpt mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada catan) .
b) 1.2 - Aplikasi Seni ( Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam pengahasilan catan.
c) 1.3- Ekspresif Kreatif (Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
d) 1.4 –   Apresiasi seni ( Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual)
 
§            Penerangan tentang Bahasa Seni Visual ( En. Mohd Shazlan b. Shahudin).
-          Bahasa Seni Visual terdiri daripada dua kategori iaitu:
a)      Unsur Seni – Garisan, Jalinan, warna, rupa, bentuk dan ruang.
b)      Prinsip rekaan -  Harmoni, Kontra, Penegasan, Kepelbagaian, Kesatuan, Imbangan, Ritma dan pergerakan.
-          Matlamat utama bahasa seni visual ialah untuk mencapai kesatuan dalam satu gubahan.
§            Penerangan tentang istilah dan pengertian dalam bidang dan aktiviti DSV
Terdapat 4 bidang aktiviti iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, mengenal kraf tradisional.
 
-          Menerangkan jenis-jenis teknik yang terdapat dalam keempat-empat bidang tersebut.
 

 11.10.2012 ( Khamis )

MASA
PERKARA
 
8.00-10.00 pagi
 
 
§    Penerangan tentang cara menulis Rancangan Pelajaran Harian DSV Tahun 3 (Pn. Norhayati bt. Mat Sharif)
 
§    Sekiranya guru merancang sesi pengajaran dan pembelajaran untuk dua minggu-minggu pertama
-          Standard kandungan  mempunyai  4 bidang yang  boleh ditulis dalam bentuk kod contoh 1,2,3,4.
 
-          Standard pembelajaran terbahagi kepada 4 tetapi boleh dibahagikan kepada 2 standard  pada minggu ini dalam bentuk kod 1.1 dan 1.2 dan 2 standard pada minggu hadapan.
 
-          Objektif perlu ditulis berdasarkan kepada 2 standard pembelajaran iaitu apa yang ingin dicapai pada  standard pembelajaran 1.1 dan 1.2.
 
-          Aktiviti yang dirancang perlu rujuk kepada standard pembelajaran iaitu dari 1.1 dan 1.2.
 
-          Penerapan nilai  ditulis berdasarkan kepada pengajaran gikgu  menggunakan kaedah pedogogi contoh pembelajaran masteri ,kbkk,belajar cara belajar dan sebagainya.
 
-          EMK-terbahagi kepada 3 iaitu keusahawanan,kreativiti dan TMK.tidak semestinya guru menulis ketiga-tiga elemen ini dlm RPH bergantung kepada perancangan guru.
 
-          Nilai dan sikap  apa yg cikgu terapkan pada pelajar sebagai  contoh ketekunan,bekerjasama  dan tolong menolong.
 
-          Hasil pembelajaran boleh ditulis merangkumi 2 standard pembelajaran.
 
-          Pentaksiran boleh ditulisdengan pemerhatian,intrumen,lisan dan interaksi – band 1 hingga band 3.
 
-          Refleksi boleh ditulis berdasarkan jumlah bilangan pelajar yang tercapai objekti dan tidak tercapai objektif.
 
 
 
 
10.30-12.00
 tengahari
 
 
§  Sesi Pembengkelan
-          Peserta dibahagikan kepada 16 kumpulan
-          Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan bahan karya mengikut bidang yang telah diberi.
-          Setiap contoh hasil karya yang dihasilkan mesti merangkumi kriteria dari band 1 hingga band 6, supaya guru dapat membezakan hasil karya murid mengikut band yang betul.
 
 
2.00 – 5.00
petang
 
§  Sesi Pembengkelan disambung
§  Sesi Pembentangan Hasil Karya oleh setiap kumpulan
 

12.10.2012 ( Jumaat)

MASA
PERKARA
 
8.00-10.00 pagi
 
 
§  Sesi pembentangan Hasil Karya disambung.
 
10.30-12.00
 tengahari
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
§  Penerangan tentang Pentaksiran Berasakan Sekolah ( PBS )
-          Penerangan tentang istilah dan peranan PBS.
-          Contoh borang senarai semak Standard Prestasi DSV Thn3
-          Contoh borang rekod transit dan cara pengisian.
-          Pemetaan Deskriptor DSV Thn 3.
-          Jenis-jenis instrumen Pentaksiran yang boleh digunakan seperti:
a)      Kaedah kertas dan pensil.
b)      Ujian/Peperiksaan.
c)      Pemerhatian.
d)     Temubual
e)      Perbincangan
f)       Senarai semak
g)      Soal selidik
h)      Pengukuran sikap
i)        Portfolio
j)        Jurnal
 
-          Peranan Standard Prestasi dalam PBS.
 
§  Penerangan tentang pengisian Dokumen Standard Prestasi Dunia Seni Visual Tahun 3.
 
2.00 – 5.00
petang
 
§  Sesi pembengkelan ( cara mengisi rekod transit )
-          Setiap kumpulan dikehendaki menggunakan hasil karya yang telah dihasilkan pada bengkel lepas sebagai rujukan atau contoh untuk mengisi rekod transit.

13.10.2012 ( Sabtu)

MASA
PERKARA
 
8.00-10.00 pagi
 
§  Sesi pembengkelan dilanjutkan.
 
10.30-12.00
 tengahari
 
 
§  Sesi pembentangan.
-          Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan dan menjelaskan rasional band-band yang diberi didalam rekod transit merujuk kepada hasil karya masing-masing.
-          Diberi bimbingan oleh penceramah tentang cara pengisian band yang betul dan tepat dengan pencapaian murid-murid.
 
 
2.00 – 5.00
petang
 
§  Sesi pembentangan disambung
§  Sesi Penutup.
 

Pelapor :
 

…………………………………..                                          Tarikh : 22hb Nov 2012

( M.Tilaheshwary a/p Marimuthu)     
          Guru Ilmu Disiplin
           Dunia Seni Visual