Pages

Wednesday 16 July 2014

PROGRAM PSS SEPANJANG BULAN RAMADAN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

            Sepanjang bulan Ramadan ini, pusat sumber masih dibuka seperti biasa untuk peminjaman dan pemulangan buku. Murid-murid juga boleh membaca buku di PSS ketika waktu rehat. Cuma, ada penambahan aktiviti Panitia Agama Islam iaitu menjalankan solat hajat dan solat Duha di PSS ketika waktu rehat tahap 2, khususnya untuk murid-murid Islam Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.
           Kerjasama PSS dengan Panitia Agama Islam pada setiap tahun sangat memberangsangkan. Sebelum mengakhiri catatan pada kali ini, saya secara peribadi mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi kepada semua warga sekolah. sepuluh jari disusun memohon kemaafan jika sepanjang perbualan dan perbuatan mengundang rasa kemarahan atau ketidakpuasan hati.

Siti Rohayu Ismail
Guru Perpustakaan & Media
SK St. Mark Perai

Saturday 4 January 2014

LAMAN FROG VLE 1BESTARINET : https://pbb2078.1bestarinet.net

Sila klik link di bawah untuk akses ke laman web FROG VLE Sekolah St Mark Perai dan masukkan "Yes ID" dan "Password" yang betul seperti yang diberikan dalam pos senarai nama murid dibawah.

https://pbb2078.1bestarinet.net

Contoh paparan yang akan dilihat adalah seperti berikut :

Sebarang masalah tentang FROG VLE 1Bestarinet dan penggunaan Chromebook sila hubungi ADMIN Frog Vle dan Guru ICT iaitu Cikgu Mohd Irwan Shah bin Mohd Nor atau Cikgu Azmi bin Abu Bakar yang sentiasa sedia membantu anda. Terima kasih

FROG VLE : Student Yes ID and Password (Nama Mengikut Susunan Abjad)









Thursday 2 January 2014

Taklimat Ringkas "Surat Aku Janji" Untuk Semua Guru Dan Staf

Semua guru dan staf dikehendaki berada di tempat perhimpunan tepat jam 7.25 pagi pada Hari Isnin 6hb Januari 2014 untuk mengikuti satu taklimat khas mengenai "Surat Aku Janji" sebelum perhimpunan rasmi hari Isnin bermula. Terima kasih.

Arahan
Guru Besar
SK St Mark Perai