Pages

Wednesday 16 July 2014

PROGRAM PSS SEPANJANG BULAN RAMADAN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

            Sepanjang bulan Ramadan ini, pusat sumber masih dibuka seperti biasa untuk peminjaman dan pemulangan buku. Murid-murid juga boleh membaca buku di PSS ketika waktu rehat. Cuma, ada penambahan aktiviti Panitia Agama Islam iaitu menjalankan solat hajat dan solat Duha di PSS ketika waktu rehat tahap 2, khususnya untuk murid-murid Islam Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.
           Kerjasama PSS dengan Panitia Agama Islam pada setiap tahun sangat memberangsangkan. Sebelum mengakhiri catatan pada kali ini, saya secara peribadi mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi kepada semua warga sekolah. sepuluh jari disusun memohon kemaafan jika sepanjang perbualan dan perbuatan mengundang rasa kemarahan atau ketidakpuasan hati.

Siti Rohayu Ismail
Guru Perpustakaan & Media
SK St. Mark Perai

Saturday 4 January 2014

LAMAN FROG VLE 1BESTARINET : https://pbb2078.1bestarinet.net

Sila klik link di bawah untuk akses ke laman web FROG VLE Sekolah St Mark Perai dan masukkan "Yes ID" dan "Password" yang betul seperti yang diberikan dalam pos senarai nama murid dibawah.

https://pbb2078.1bestarinet.net

Contoh paparan yang akan dilihat adalah seperti berikut :

Sebarang masalah tentang FROG VLE 1Bestarinet dan penggunaan Chromebook sila hubungi ADMIN Frog Vle dan Guru ICT iaitu Cikgu Mohd Irwan Shah bin Mohd Nor atau Cikgu Azmi bin Abu Bakar yang sentiasa sedia membantu anda. Terima kasih

FROG VLE : Student Yes ID and Password (Nama Mengikut Susunan Abjad)









Thursday 2 January 2014

Taklimat Ringkas "Surat Aku Janji" Untuk Semua Guru Dan Staf

Semua guru dan staf dikehendaki berada di tempat perhimpunan tepat jam 7.25 pagi pada Hari Isnin 6hb Januari 2014 untuk mengikuti satu taklimat khas mengenai "Surat Aku Janji" sebelum perhimpunan rasmi hari Isnin bermula. Terima kasih.

Arahan
Guru Besar
SK St Mark Perai

Friday 11 October 2013

Cuti sempena sambutan Aidiladha

Salam sejahtera
Kepada semua murid dan waris

Sekolah akan bercuti sempena sambutan Aidiladha bermula hari Sabtu hingga Selasa (12/10/13 - 15/10/13).
 Harap maklum

Thursday 12 September 2013


  
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. MARK PERAI
LORONG TIGA, 13600 PERAI,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PULAU PINANG
 
No. Tel / Faks : 04-3902179

MINIT CURAI

Taklimat / Mesyuarat

 

Perkara            : Bengkel Pengurusan Kokurikulum

Tarikh             : 10 September 2013

Hari                 : Selasa

Tempat            : Bilik Mesyuarat PPD SPT

Anjuran           : Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah

BIL
PERKARA / ISU
CATATAN / TINDAKAN
 
   1
 
 
 
 
 
 
Ucapan alu-aluan oleh Pegawai PPD
(En. Zanusi bin Othman)
 
 
 
-        Ucapan aluan daripada Pegawai PPD.
-        PK Kokurikulum dapat merancang aktiviti sekolah dengan baik.
-        Bertujuan untuk memastikan rekod dan data diselenggarakan dengan baik.
 
 
 
2
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pengurusan sukan di sekolah
Pegawai PPD
( Tn. Hj. Mohd Noor)
 
-        Mohon semua Penolong Kanan Kokurikulum menghantar semua pelaporan. Antaranya:
1)     Laporan Bulan Kecergasan
2)     Laporan Kem 1 Murid 1 Sukan
3)     Laporan Sukan Tahunan
4)     Laporan lain yang berkaitan.
 
-        Beliau memaklumkan akan berlakunya tambahan 4 permainan. Guru-guru yang terlibat akan dipanggil untuk mempelajari permainan ini pada bulan Oktober. Permainan yang ditambah adalah:
1)Gimnastrada
2)Gimnastik
3)Ragbi
4)Softball
 
-        Beliau mengingatkan kepada semua guru bahawa bidang sukan dan kokurikulum adalah berbeza.
 
 
 
3
 
Pengurusan Kewangan Kokurikulum
Pegawai PPD
(En. Bakri)
 
 
-        Beliau menjelaskan peruntukan kewangan perlu diagihkan dengan betul.
-        Sekolah perlu menghantar laporan data kewangan dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’. Sehingga kini hanya 1 buah sekolah sahaja yang telah hantar.
-        Laporan data kewangan boleh dihantar melalui e-mail: kokoppdt@gmail.com
Beliau menjelaskan maklumat akademik tidak boleh digunakan dalam peruntukan kokurikulum contohnya: Gempur UPSR.
-        Beliau menjelaskan setiap aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan peruntukan wang BKK perlu ada kertas kerja dan pelaporan.
 
 
4
 
Pengurusan Kokurikulum
Pegawai PPD
(En. Zanusi bin Othman)
 
-        Menjelaskan beberapa buah sekolah yang masih belum menghantar data penglibatan murid.
-        Beliau menjelaskan sekolah hanya perlu menghanta 4 laporan penting ke PPD iaitu:
a)     Data Penglibatan Murid
(Tarikh akhir 31 Julai 2013)
b)     Data Peruntukan Kewangan
(Tarikh akhir 31 Oktober 2013)
c)     Data Kehadiran Murid
(Tarikh akhir 31 Oktober 2013)
d)     Pelaporan Tahunan Kokurikulum
(Tarikh akhir 30 September 2013)
 
-        Laporan tersebut boleh dihantar melalui email:
 
-        Beliau menjelaskan sekiranya pihak sekolah telah menghantar ke PPD melalui  email, maklumbalas boleh dibuat melalui ‘letterhead’ atau kepala surat sekolah dengan memaklumkan laporan tersebut telah dihantar melalui email. Ini bertujuan untuk pengurusan fail di PPD.
 
  5
 
 
 
Pertauliahan TKRS
Pegawai PPD
(En. Bakri bin Othman)
 
-        Pertauliahan di peringkat sekolah boleh dilakukan dalam kursus LDP.
-        Pihak sekolah boleh memaklumkan kepada PPD jadual LDP dan pihak PPD akan melaksanakan kursus tersebut kepada guru-guru.
 
  6
 
 
 
Anugerah Kokurikulum
Peringkat PPD SPT
Pegawai PPD
(En. Bakri bin Othman dan Zanusi bin Othman)
 
-        Beliau juga menjelaskan Anugerah Kokurikulum akan diadakan diperingkat PPD. Semua Pen. Kanan Kokurikulum akan dilantik menjadi AJK untuk mengendalikan majlis tersebut.
-        Mesyuarat tentang Hari Anugerah Kokurikulum Peringkat PPD akan dimaklumkan nanti.
 

 

Pelapor :

 

 

 

…………………………………..                                                      Tarikh : 11 September 2013

NAZLIDA BINTI MANSOR

Setiausaha Kokurikulum

Sek. Keb. St. Mark Perai

Friday 2 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
diucapkan kepada guru-guru, staf sekolah, murid-murid, semua waris dan warga lain yang beragama Islam. Ucapan Selamat Hari Raya juga ditujukan kepada semua warga PPD Pulau Pinang, JPN Pulau Pinang, BTPN, PKG, sekolah-sekolah serta semua kenalan lain yang meraikannya. Semoga semua mendapat berkat dan rahmat yang diinginkan.
Terima kasih.


Wednesday 31 July 2013

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2013

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2.              Adalah dimaklumkan  bahawa cuti tersebut bermula dari 03 Ogos 2013 (Sabtu) hingga 18 Ogos 2013 (Ahad) termasuk 2 hari cuti berganti adalah seperti berikut:
 
Tarikh Cuti
Jenis Cuti
Tarikh Ganti
05 Ogos 2013 (Isnin)
Cuti Berganti
24 Ogos 2013(Sabtu) –Ikut jadual hari Isnin
06 Ogos 2013 (Selasa)
Cuti Berganti
7 September 2013(Sabtu) – Ikut jadual hari Selasa
Untuk makluman sekolah akan dibuka semula pada 19 Ogos 2013 (Isnin). Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bercuti serta selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Sekian. Terima Kasih.
Saya yang menurut perintah,
 
(HARWAN SINGH A/L HARBHAJAN SINGH)
Guru Besar
SK St. Mark, Perai
 
 
 

 
 

Wednesday 17 July 2013

Minit Curai Kursus Modul Sukan Futsal


Tarikh                                    : 28 Jun hingga 29 Jun 2013
Hari                                       : Jumaat dan Sabtu
Tempat                                  : Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah

Bil
Jadual
Catatan / tindakan
1
Jumaat
(2.30 ptg – 3.45 ptg)

Pelaksanaan dan konsep 1 Murid 1 Sukan

1.       Taklimat disampaikan oleh Pegawai Sukan PPD Utara.
2.       Taklimat berkaitan pelaksanaan dan konsep 1 Murid 1 Sukan di sekolah.
3.       Penekanan juga terhadap fail yang perlu ada di sekolah serta kandungannya.

2
Jumaat
(3.45 ptg – 5.45 ptg)
Persediaan, perancangan / Undang-undang sukan Futsal

1.       Disampaikan oleh Jurulatih Utama sukan Futsal negeri.
2.       Semua maklumat boleh dimuat daripada laman sesawang KPM (www.moe.gov.my/bsukan)

3
Sabtu
( 8.00 pg – 10.30 pg )
Praktikal 1-5

1.       Semua peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2.       Setiap kumpulan akan bergilir ke stesen tertentu dan melakukan permainan kecil mengikut buku panduan yang dimuat turun.

4
Sabtu
(11.00 pg – 12.30 t/h)
Praktikal 6 - 10

1.       Semua peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2.       Setiap kumpulan akan bergilir ke stesen tertentu dan melakukan permainan kecil mengikut buku panduan yang dimuat turun.


5
Sabtu
(2.30 ptg – 3.45 ptg)
Praktikal 11-15

1.       Semua peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2.       Setiap kumpulan akan bergilir ke stesen tertentu dan melakukan permainan kecil mengikut buku panduan yang dimuat turun.

6
Sabtu
(3.45 ptg – 5.45 ptg)
Praktikal / Rumusan /Penutup

1.       Majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan JPN PP

Disediakan oleh:

……………………………
(Hayazi bin Shorer)