Pages

Friday, 16 November 2012

Minit Curai: Kursus KSSR Pendidikan Moral Tahun 3

MINIT CURAI
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. MARK PERAI
LORONG 3, 13600 PERAI
PULAU PINANG

Kepada : Guru Besar SK ST. Mark Perai
Daripada : Normalawati Binti Johari
Perkara : Kursus KSSR Pendidikan Moral Tahun 3
Tarikh : 26 – 29 September 2012
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Dewan seminar, SMK Tinggi Bukit Mertajam

1. Latar belakang

Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah diperkenalkan pada tahun 2011 untuk mengambil alih Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah. Perubahan ini adalah sejajar dengan perubahan zaman yang sedang melangkah ke dunia Teknologi Maklumat dalam semua aspek kehidupan. Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah kesejahteraan negara serta masyarakat global.

2. Fokus mata pelajaran terdiri daripada 3 domain iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Tema Pendidikan Moral Tahun 3 ialah Saya dan Sekolah yang terdiri daripada 14 nilai murni universal Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah iaitu :

    • Kepercayaan kepada Tuhan
    • Baik Hati
    • Bertanggungjawab
    • Berterima kasih
    • Hemah Tinggi
    • Hormat
    • Kasih Sayang
    • Keadilan
    • Keberanian
    • Kejujuran
    • Kerajinan
    • Kerjasama
    • Kesederhanaan
    • Toleransi

3. 3 Elemen Merentas Kurikulum tambahan ialah Kreativiti dan inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

4. Isu dan maklumat penting
  • Pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Moral mesti berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen Standard Prestasi.
  • Masa yang diperuntukkan ialah 180 minit.
  • Laman sesawang KSSR http://kssr.bpk.my
  • Penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) perlu dibuat oleh guru yang mengajar mata pelajaran.
  • Surat Tawaran PBS perlu disimpan di dalam fail.
  • Pentaksiran Sumatif perlu diletakkan dalam fail showcase murid.
  • Rekod Transit perlu direkod apabila membuat pentaksiran.
  • Bahan-bahan bantu mengajar boleh diambil dari sawang www.eduwebtv.com dan kampus Astro.
  • Selain berbincang dan mendapatkan instrumen dari sesawang, guru-guru boleh mendapatkan instrumen daripada rakan-rakan dalam email.
  • Pentaksiran seperti pemerhatian, sumatif, formatif dan lisan boleh dibuat oleh guru.
  • Rancangan Pelajaran Tahunan perlu dibuat berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum.
  • Penulisan format RPH terdiri daripada 10 item. Pada bahagian refleksi, guru-guru diminta menggunakan kaedah pecahan (2/25 orang murid) atau bilangan nombor sahaja. Guru-guru tidak digalakkan menggunakan peratus.
  • Pengajaran meliputi 1 nilai dalam tempoh lebih kurang 3 minggu.
  • Guru perlu menggunakan buku teks dalam setiap pembelajaran dan pengajaran.
  • Instrumen mestilah dihasilkan oleh guru sendiri dan bukannya diciplak dari mana-mana buku rujukan.
  • Evidens murid perlu difailkan.
  • Pentaksiran harus dibuat berdasarkan Dokumen Standard Prestasi.
  • Setiap sekolah perlu menyediakan satu fail baru untuk Kes-kes Khas.

Thursday, 8 November 2012

MINIT CURAI : BENGKEL ABACUS DAN ARITMETIK MENTAL TAHA













 
BORANG MINIT CURAI RASMI
(MENGHADIRI MESYUARAT, KURSUS, TAKLIMAT, SEMINAR, BENGKEL, LAWATAN INDUSTRI DSBNYA)

Perkara            :BENGKEL ABACUS DAN ARITMETIK MENTAL TAHAP 1 SEKOLAH
                         RENDAH
 Surat/Fail        : PPDT (AKAD) 600-3/1JLD.5(53)_
Tarikh :            : 24 OKTOBER 2012 (Rabu)  Masa: 8.00pg- 5.00ptg
Tempat            :INSTITUT  PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN(IPGKTB)
Anjuran           : UNIT PENGURUSAN  AKADEMIK PPD SEBERANG PERAI TENGAH

Pegawai Yang Terlibat / BertanggungjawabDari/ Jawatan/ No. Tel (Jika ada)
1. En. MOHD NIZAM BIN OTHMAN  -0164708614

LAPORAN/AGENDA/ PERKARA / ISU / TINDAKAN / MAKLUMAN DSBNYA

8.00 – 8.30  pg            -           Pendaftaran

8.30 – 10.00 pg           -           Abacus dalam  Nombor  dan Operasi Tambah
                                                Tambah tanpa kumpul semula dan kumpul semula


11.00-12.30 pg            -           Pendedahan Abacus dalam Operasi Tolak
                                                Operasi Tolak Tanpa Kumpul Semula dan Kumpul Semula
                                   
2.00-4.30ptg                -           Pendedahan Abacus dalam Operasi darab dan Bahagi         
                                              

4.30-5.00- ptg             -           Majlis Penutup
                                                Penyampaian sijil


Nama Pelapor              :           PN. SOUDAMINI

Wednesday, 7 November 2012

MINIT CURAI : TAKLIMAT LAPORAN AWAL PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

TARIKH : 06 NOVEMEBER 2012 (SELASA)
MASA     : 8. 15 PAGI
TEMPAT : BILIK SEMINAR, PPD SEBERANG PERAI UTARA
Pejabat Pelajaran Seberang Tengah telah mengadakan Taklimat Khas Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Sila KLIK dibawah ini untuk Ringkasan EKSEKUTIF :
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Sila KLIK dibawah ini untuk LAPORAN PENUH :
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Untuk semua guru dan ibu bapa : Sila baca keseluruhan Ringkasan Eksekutif dan kemudian Laporan Penuh untuk mendapat gambaran yang tepat dan menyeluruh. Terima kasih  

 
KERANGKA RINGKASAN EKSEKUTIF
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2015
 
INOVASI
KUALITI
KEBERHASILAN
INKLUSIF
RINGKASAN EKSEKUTIF

BAB 1 KONTEKS DAN PENDEKATAN

BAB 2 VISI DAN ASPIRASI

BAB 3 PRESTASI SEMASA

BAB 4 PEMBELAJARAN MURID

BAB 5 GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH

BAB 6 TRANSFORMASI KEMENTERIAN

BAB 7 STRUKTUR SISTEM

BAB 8 PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN

BAB 1 : KONTEKS DAN PENDEKATAN

LATAR BELAKANG PENYEDIAAN PELAN PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN

OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
 
PENDEKATAN MEMBANGUNKAN PELAN

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

GAMBARAN KESELURUHAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
BAB 2 : VISI DAN ASPIRASI

 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

▪▪ Akses kepada kejayaan

▪▪ Kualiti standard antarabangsa yang tinggi

▪▪ Ekuiti untuk semua murid

▪▪ Memupuk perpaduan dalam kalangan murid

▪▪ Pelaksanaan berkecekapan tinggi

ASPIRASI MURID

▪▪ Pengetahuan

▪▪ Kemahiran Berfikir

▪▪ Kemahiran Memimpin

▪▪ Kemahiran Dwibahasa

▪▪ Etika dan Kerohanian

▪▪ Identiti Nasional

BAB 3 : PRESTASI SEMASA

 AKSES KEPADA PENDIDIKAN

▪▪ Penyertaan hampir sejagat telah dicapai di peringkat rendah

dan menengah rendah

KUALITI PENDIDIKAN

▪▪ Prestasi murid dalam peperiksaan awam meningkat

▪▪ Prestasi Malaysia dalam TIMSS

▪▪ Prestasi Malaysia dalam PISA 2009+

▪▪ TIMSS dan PISA menunjukkan bahawa terdapat sekolah

berprestasi Baik dan Sangat Baik di Malaysia

▪▪ Peperiksaan awam dan pentaksiran antarabangsa menunjukkan

varians dalam standard

▪▪ Kadar tamat persekolahan

▪▪ Persepsi awam tentang kualiti keberhasilan pendidikan adalah

bercampur-campur

▪▪ Data sedia ada menunjukkan perkembangan holistik murid

sedang berlaku

EKUITI DALAM PENDIDIKAN

▪▪ Jurang pencapaian wujud antara negeri dan dalam negeri di seluruh

Malaysia

▪▪ Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar semakin

berkurangan

▪▪ Jurang pencapaian antara sekolah kebangsaan dengan jenis

kebangsaan semakin berkurangan

▪▪ Isu prestasi rendah murid lelaki: jurang gender semakin melebar

▪▪ Status sosioekonomi berterusan memberi impak besar kepada

prestasi murid

▪▪ Jurang prestasi murid kekal antara sekolah awam dengan swasta

MEMBINA PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN

▪▪ Pelbagai pilihan persekolahan mewujudkan persekitaran etnik

yang homogen

▪▪ Kepelbagaian guru di sekolah

▪▪ Penaziran sekolah JNJK Tahap perpaduan berdasarkan penaziran

 MEMAKSIMUMKAN KECEKAPAN

▪▪ Perbelanjaan asas Malaysia yang tinggi berbanding negara yang setara

dengannya berdasarkan tiga pengukuran berbeza

▪▪ Perbelanjaan lebih tinggi telah diterjemahkan kepada keberhasilan murid

lebih baik dari segi akses, tetapi tidak semestinya dari segi kualiti

 BAB 4 : PEMBELAJARAN MURID

 KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

▪▪ Kurikulum bertulis

▪▪ Kurikulum yang diajar

▪▪ Kurikulum untuk pentaksiran

▪▪ Pelan Tindakan: Pembentukan dan aplikasi kurikulum

dan pentaksiran abad ke-21

▪▪ Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Penambahbaikan kurikulum

sedia ada dan persediaan untuk perubahan struktur

▪▪ Gelombang 2 (2016 hingga 2020) dan

Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Melaksanakan kurikulum

baharu dan kurikulum semak semula

 BAHASA

▪▪ Pentaksiran kemahiran berbahasa di Malaysia

▪▪ Pelan Tindakan: Mewujudkan penguasaan bahasa secara meluas

▪▪ Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Pengukuhan system sedia ada

▪▪ Gelombang 2 (2016 hingga 2020): Memperkenal perubahan struktur

▪▪ Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Memperluas perubahan struktur

 
KUMPULAN BERKEPERLUAN KHUSUS

▪▪ Sekolah kurang murid

▪▪ Kumpulan pribumi dan minoriti

▪▪ Pendidikan murid pintar cerdas

▪▪ Pendidikan khas


PECUTAN PENINGKATAN SEKOLAH

▪▪ Pelan Tindakan: Mempercepatkan peningkatan sekolah melalui daerah

dan negeri

▪▪ Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Mentransformasi kepimpinan

negeri dan daerah

▪▪ Gelombang 2 (2016 hingga 2020): Meningkatkan keluwesan

operasi untuk JPN, PPD dan sekolah

▪▪ Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Meluaskan hak membuat keputusan

 BAB 5 : GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH

GURU

▪▪ Demografi profesion keguruan

▪▪ Kualiti pengajaran

▪▪ Pemilihan guru

▪▪ Latihan praperkhidmatan dan pembangunan profesionalisme

berterusan

▪▪ Penempatan

▪▪ Persekitaran kerja

▪▪ Ganjaran dan pengurusan prestasi

▪▪ Pelan Tindakan: Mentransformasi profesion keguruan

menjadi profesion pilihan

▪▪ Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Meningkatkan standard

dan sistem sokongan

▪▪ Gelombang 2 (2016 hingga 2020): Mengukuhkan kemajuan dan

laluan kerjaya

▪▪ Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Mewujudkan budaya

kecemerlangan profesionalisme berasaskan rakan setugas

 PEMIMPIN SEKOLAH

▪▪ Pemilihan pengetua/guru besar

▪▪ Demografi kepimpinan sekolah

▪▪ Latihan dan pembangunan profesional

▪▪ Persekitaran kerja sedia ada

▪▪ Kemajuan kerjaya dan pengurusan prestasi

▪▪ Pelan Tindakan: Memastikan seorang pengetua berprestasi tinggi

ditempatkan di setiap sekolah

▪▪ Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Meningkatkan standard

pemilihan dan sistem sokongan

▪▪ Gelombang 2 (2016 hingga 2020): Memartabatkan profesion

keguruan dan menganjak ke arah kepimpinan distributif

▪▪ Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Mewujudkan budaya

kecemerlangan profesionalisme berasaskan rakan setugas

BAB 6 : TRANSFORMASI KEMENTERIAN

 SISTEM PENYAMPAIAN

▪▪ Penilaian kedudukan semasa

▪▪ Pelan Tindakan: Merapatkan jurang pelaksanaan

▪▪ Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Menetapkan semula peranan

dan mengukuhkan JPN dan PPD

▪▪ Gelombang 2 (2016 hingga 2020): Melaksanakan penstrukturan semula

Kementerian secara meluas

▪▪ Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Memperkukuh kekuatan organisasi

 PRODUKTIVITI SUMBER

▪▪ Pelan Tindakan: Memaksimumkan keberhasilan murid untuk

setiap ringgit yang dibelanjakan

▪▪ Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Mewajarkan kejayaan segera

▪▪ Gelombang 2 (2016 hingga 2020): Melaksanakan kecekapan sistem

secara meluas

▪▪ Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Mengekalkan amalan terbaik

INFRASTRUKTUR SEKOLAH

▪▪ Pelan Tindakan: Mengguna pakai standard infrastruktur sekolah

seragam disesuaikan dengan keperluan setempat

▪▪ Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Memastikan infrastruktur asas

yang mempunyai standard baik untuk semua sekolah

▪▪ Gelombang 2 (2016 hingga 2020): Melengkapkan sekolah untuk

menyokong kurikulum yang dipertingkat dan penyampaian pedagogi

▪▪ Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Mentakrif keperluan

infrastruktur masa depan

ICT dalam PENDIDIKAN

▪▪ Pelan Tindakan: Memanfaatkan ICT untuk pembelajaran

▪▪ Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Mempertingkatkan asas ICT

▪▪ Gelombang 2 (2016 hingga 2020): Memperkenal inovasi dalam ICT

▪▪ Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Mengekalkan penggunaan

meluas sistem ICT yang inovatif

BAB 7 : STRUKTUR SISTEM

 FASA DAN TEMPOH PENDIDIKAN

▪▪ Fasa pendidikan

▪▪ Pendidikan prasekolah

▪▪ Pelan Tindakan: Penyelerasan dengan sistem pendidikan berprestasi tinggi

▪▪ Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Peluasan segera prasekolah dan

meningkatkan enrolmen pada semua peringkat pendidikan

▪▪ Gelombang 2 (2016 hingga 2020): Pengukuhan kejayaan

▪▪ Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Pemastian akses sejagat

LALUAN PENDIDIKAN

▪▪ Laluan pendidikan dan pilihan kerjaya

▪▪ Pelan Tindakan: Penciptaan laluan pendidikan yang pelbagai

▪▪ Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Pergukuhan pendidikan vokasional

▪▪ Gelombang 2 (2016 hingga 2020): Peningkatan inisiatif

▪▪ Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Memastikan laluan

pendidikan untuk semua

 MEMPERTINGKAT PERPADUAN DI SEKOLAH

▪▪ Struktur sistem semasa dikekalkan

▪▪ Keseragaman etnik dalam sistem pendidikan

▪▪ Pendidikan Sivik di Malaysia

▪▪ Sekolah Wawasan

▪▪ RIMUP: Integrasi melalui aktiviti kokurikulum

▪▪ Pelan Tindakan: Memperkukuhkan interaksi dan integrasi

di semua jenis sekolah

▪▪ Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Penyediaan asas

▪▪ Gelombang 2 (2016 hingga 2020): Meningkatkan intervensi

bagi memupuk perpaduan

▪▪ Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Penilaian semula pilihan sekolah

dan struktur sistem

SISTEM PEMBELAJARAN: IBU BAPA, MASYARAKAT

DAN SECTOR SWASTA

▪▪ Tahap pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan

▪▪ Pelan Tindakan: Anjakan ke arah sistem berfokuskan pembelajaran

▪▪ Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Sokongan kepada pelibatan

ibu bapa dan sektor swasta

▪▪ Gelombang 2 (2016 hingga 2020): Peluasan pelibatan ibu bapa

dan swasta

▪▪ Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Menggalakkan pertambahan

inovasi sektor swasta


 BAB 8 : PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN

 MENYUSUN LANGKAH PELAKSANAAN TRANSFORMASI

▪▪ Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Meningkatkan kecekapan sistem dengan

menyokong guru dan memberi tumpuan kepada kemahiran teras

▪▪ Gelombang 2 (2016 hingga 2020): Memacu peningkatan sistem

▪▪ Gelombang 3 (2021 hingga 2025): Menganjak ke arah kecemerlangan

dengan meningkatkan tadbir urus yang luwes

MELAKSANAKAN MEKANISME PENYAMPAIAN DENGAN KAEDAH

BERBEZA

▪▪ Mengukuhkan komitmen dan keupayaan kepimpinan

dalam Kementerian

▪▪ Mewujudkan satu unit kecil yang mempunyai kuasa untuk

memacu pelaksanaan Pelan Pendidikan

▪▪ Memperhebat pengurusan prestasi dalaman dan luaran

▪▪ Mendapat sokongan pegawai Kementerian dan pihak berkepentingan lain

 MEMULAKAN PERJALANAN

▪▪ Persediaan untuk penghasilan Laporan Akhir Pelan Pembangunan

Pendidikan

▪▪ Perubahan dan dapatan awal

 
Sila KLIK dibawah ini untuk Ringkasan EKSEKUTIF :
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Sila KLIK dibawah ini untuk LAPORAN PENUH :
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Untuk semua guru dan ibu bapa : Sila baca keseluruhan Ringkasan Eksekutif dan kemudian Laporan Penuh untuk mendapat gambaran yang tepat dan menyeluruh. Terima kasih

Sekian...