GURU MENGAJAR MURID
BELAJAR
ABSTRAK
Pengetua
sebagai pemimpin kurikulum di sekolah perlu memastikan Tiga Idea Utama
Pendidikan terlaksana secara berkesan iaitu fokus kepada pembelajaran murid,
kolaborasi antara guru (kerja sepasukan) dan fokus kepada hasil atau
kemenjadian murid. . Guru yang meninggalkan bilik darjah selalunya mempunyai urusan atau alasan yang munasabah. Pasukan pentadbiran sekolah harus bijaksana dalam memainkan peranan memastikan academic learning time atau masa pembelajaran berkesan berjalan lancar dan guru mesti ada dalam bilik darjah serta berfungsi dengan sewajarnya.
Beberapa
cadangan diutarakan dalam kertas kerja ini bersama strategi pelaksanaannya
seperti Latihan Dalam Perkhidmatan, guru membuat tukar ganti atau jual beli
kelas, carta alir yang menetapkan SOP (Standard Operating Prosedur) bagi guru
cemerlang atau penceramah (guru) keluar sekolah masa P&P, meninggalkan
latihan untuk murid semasa berkursus melebihi satu hari, amalan pemantauan “Learning Walk” dan Program “Teach To Teach”.
Usaha melindungi masa instruksional
(protecting instruksional time) di
sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid ini memerlukan kerjasama dan sokongan padu daripada
semua peringkat lapisan sekolah kerana kejayaan melindungi masa instruksional
tidak mampu dicapai tanpa kerja berpasukan yang mantap.
1.0
PENGENALAN
Semua
program dan rancangan yang dirangka oleh KPM adalah berfokus kepada
keberhasilan pembelajaran murid dan ianya harus dilaksanakan tanpa halangan
bagi mencapai objektif yang telah disasarkan. Melindungi masa instruksional
merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional bagi memastikan
tempoh masa untuk pembelajaran secara berkesan berlaku tanpa halangan. Justeru, pengetua sebagai pemimpin kurikulum
di sekolah bertanggungjawab memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan
ini atau “academic learning time” berlaku
dalam kalangan murid-murid.
1.0
ISI
KANDUNGAN
Profesion perguruan atau bekerja sebagai
guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses
pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan
profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada
individu dan masyarakat. Y.A.B. Perdana
Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9 menekankan usaha-usaha
dilaksanakan agar dapat merealisasikan Misi Nasional. Namun begitu perubahan
dasar yang drastik dan kritikal telah memberi tekanan yang amat besar kepada guru-guru
di seluruh negara hingga berlaku kealpaan pada sikap amanah seorang guru
terhadap muridnya. Sedikit demi sedikit nilai kemanusiaan seorang guru terhakis
termasuklah nilai kepimpinan dan matlamat amanah bekerja terhadap profesionnya.
Guru-guru meninggalkan bilik darjah atas
urusan atau alasan seperti:
1
Mesyuarat/hadiri
taklimat
2
Berkursus
3
Menghadiri
majlis rasmi
4
Jemputan
ceramah (Guru Cemerlang)
5
Mengiringi
murid dalam pertandingan koakademik, sukan dan permaianan
6
Sikap
guru yang kurang “sense of urgency”
untuk hadir ke kelas tepat masanya.
7
Sikap
murid yang tidak minat belajar.
8
Guru
cuti sakit atau kecemasan.
9
Guru
cuti bersalin.
I.
CADANGAN
TINDAKAN / PENYELESAIAN
Pengetua
bertanggungjawab melindungi masa instruksional (masa pengajaran dan
pembelajaran) atau dengan kata lain memastikan guru mesti ada dalam bilik
darjah dan berfungsi sewajarnya.
A. Latihan dalam Perkhidmatan.
Sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu
menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan
yang menekankan amanah merupakan salah satu daripada sifat atau akhlak
yang mulia. Oleh itu tugas atau pekerjaan yang dipertanggungjawabkan ke atas
setiap orang, lebih-lebih lagi tugas atau pekerjaan yang dibayar upah
daripadanya adalah salah satu daripada amanah yang wajib dilaksanakan.
Melaksanakan tugas atau tanggungjawab itu pula hendaklah dengan penuh sifat
amanah seperti Firman Allah swt: Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah
kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah-amanah kamu,sedang kamu mengetahui (salahnya). (Surah
al-Anfal :27).
Guru-guru mesti memastikan jumlah waktu
pengajaran yang telah diamanahkan peruntukan masa untuk mengajar mestilah
mencukupi bagi setiap mata pelajaran yang diajar bagi setiap minggu. Perlu
diingatkan sebagai seorang Islam, kecukupan masa mengajar yang merupakan amanah
seorang guru akan disoal apabila di akhirat nanti.
A.
Meninggalkan
bilik darjah untuk satu hari (seperti menghadiri mesyuarat, kursus, taklimat,
menghadiri majlis rasmi, memohon cuti CRK, mengiringi murid dan jemputan
ceramah).
·
Guru-guru hendaklah
seboleh-bolehnya membuat tukar ganti
atau jual beli masa pengajaran dengan guru-guru lain yang mengajar kelas yang
sama sebelum menghadiri urusan tersebut. Sebuah papan kenyataan disediakan di
bilik guru untuk guru-guru membuat urusan tukar ganti atau jual beli kelas dan
memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran apabila urusan tukar ganti atau
jual beli selesai.
·
Bagi sekolah-sekolah
luar bandar yang muridnya tidak
cemerlang dan ibu bapa kurang prihatin terhadap prestasi akademik anaknya,
pihak sekolah menghadapi masalah kehadiran murid-murid jika bengkel teknik
menjawab peperiksaan dibuat pada sebelah petang. Oleh itu, guru akan menyusun
jadual ceramah supaya dilaksanakan pada sebelah pagi bagi mengatasi masalah
ketidakhadiran murid. Situasi ini kadang-kadang disalahkan erti oleh pengetua
yang guru cemerlang atau penceramah bertugas di sekolahnya dalam usaha
sama-sama melindungi masa instruksional di sekolah masing-masing. Justeru, satu
carta alir yang menetapkan SOP (Standard Operating Prosedur) dicadangkan untuk
diaplikasikan bersama antara pengetua ( rujuk Lampiran 2) dalam usaha
memastikan kepakaran guru dan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid
dikongsi bersama.
·
Jika masa P&P
diguna untuk ceramah atau bengkel teknik menjawab peperiksaan, sudah pasti
P&P rasmi yang sepatutnya berjalan terhalang yang melibatkan guru P&P
rasmi dan guru yang mata pelajarannya sedang diberi ceramah. Justeru, dalam usaha melindungi masa instruksional
penyelesaian yang harus diambil ialah :
-
Bagi guru yang masa
P&P rasmi terhalang.
Ketua Panitia
cari alternatif supaya P&P rasmi
guru tersebut diganti hari lain.
Sebaiknya masa P&P rasmi mata pelajaran yang dibuat teknik menjawab
dijadikan ganti.
-
Bagi guru yang mata pelajarannya sedang diceramah.
Guru tersebut mungkin
ada P&P kelas lain pada masa itu.
Jika guru ingin mengikuti ceramah bersama murid, hendaklah membuat tukar ganti
kelas dengan guru lain supaya P&Pnya tidak kekurangan waktu mengajar.
A.
Meninggalkan
bilik darjah melebihi satu hari (seperti menghadiri kursus)
Guru-guru akan
sama ada membuat :
·
urusan tukar ganti atau
jual beli kelas sebelum menghadiri kursus, atau
·
meninggalkan latihan
atau kerja murid dengan menulis tarikh dan masa latihan perlu diedarkan kepada
Penolong Kanan Pentadbiran. Guru guru ganti akan memastikan murid membuat
latihan pada masa/waktu mata pelajaran sepatutnya berlaku. Dengan ini, masa
instruksional untuk mata pelajaran tersebut dilindungi.
B.
Kurang
sense of urgency
untuk hadir ke kelas tepat masanya.
Kepimpinan
instruksional merupakan pemimpin sekolah yang mengambil peduli atau cakna
terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pengetua perlu sentiasa
kelihatan dan mengekalkan visibiliti yang tinggi dalam usaha memperbetulkan
keadaan sekolah untuk penambahbaikan prestasi murid. Dalam situasi ini, pengetua mengamalkan pemantauan Learning
Walk yang melibatkan:
·
lawatan
ringkas pengetua( tanpa menetapkan masa lawatan) ke bilik darjah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan
·
pengetua
berada dalam bilik darjah dengan memfokuskan kepada kurikulum operasi selama 5
– 10 minit.
·
data dikumpul daripada proses P&P dengan
membuat catatan dalam borang pemantauan (rujuk Lampiran 3).
·
guru
dan pengetua membuat muhasabah (reflect)
proses pengajaran.
·
dalam
perjumpaan guru, pengetua berkongsi amalan pengajaran yang baik dan menegur
kebiasaan yang ditemui semasa lawatan
C. Sikap
murid yang tidak minat belajar.
Satu
daripada punca yang dikenalpasti di sekolah ini guru meninggalkan bilik darjah
ialah kerana rasa putus asa apabila murid tiada
minat untuk belajar. Guru membuat persediaan untuk mengajar mengikut
Rancangan Pengajaran Harian tetapi murid ‘hilang’ atau tidak berada di dalam
kelas, ponteng mata pelajaran tertentu dan selalu tidur semasa guru mengajar.
Bagi seorang guru yang merasakan ”teaching
is a work of heart”, situasi begini akan dapat ditangani dengan mudah dan
efektif. Tetapi bagi sesetengah guru yang kurang bermotivasi, jalan mudah
diambil ialah dengan tidak berada dalam bilik darjah. Jika ini berlaku, punca
masalah murid tidak berminat belajar tidak akan dapat diselesaikan.
Cadangan
penyelesaian bagi keadaan begini ialah program “Teach To Teach”. Strategi pelaksanaannya ialah :
·
Guru
yang menghadapi masalah pengajaran atau masalah murid tidak memberi tumpuan
semasa P&P berjumpa pengetua untuk berbincang.
·
Guru
mengisi borang (rujuk Lampiran 1, Program “Teach
To Teach” )
·
Menetapkan
tarikh, hari, masa, topik yang hendak diajar dan memberi bahan pengajaran (jika
ada) yang perlu kepada pengetua.
·
Pengetua
melaksanakan pengajaran seperti dirancang oleh guru.
·
Pengetua
memberi maklum balas kepada guru berkaitan pengajaran guru yang perlu dibaiki
dan petua menarik minat pembelajaran murid.
·
Pengetua
berkongsi amalan pengajaran yang baik dan menegur kebiasaan yang ditemui semasa
pengajarannya dalam kelas yang bermasalah tadi.
D. Cuti Sakit atau Kecemasan
Bagi
kes ini, masa instruksional dilindungi apabila guru ganti masuk kelas dengan
membawa Bakul Ilmu (disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah untuk Program “1
School Reads”) untuk dibaca oleh murid-murid dan mengisi Rekod Buku Nilam jika
selesai bacaan.
E. Guru
Cuti Bersalin
Pengetua
seharusnya memastikan enam bulan sebelum guru bercuti, guru telah merancang dan
membuat kelas-kelas bagi menyelesaikan tajuk-tajuk mengikut Rancangan
Pengajaran Tahunan yang ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian untuk
tajuk-tajuk yang perlu diselesaikan ini juga perlu dibuat pada muka surat khas
supaya mudah dipantau oleh pengetua.
Kelas
tambahan yang diadakan hendaklah dibuat selepas masa persekolahan, masa cuti
persekolahan atau masa-masa lain yang sesuai tetapi tidak menggangu masa
P&P rasmi. Cadangan ini adalah untuk
memastikan masa instruksional dilindungi jika sekolah tidak mendapat guru ganti
pada masa guru cuti bersalin nanti.
I.
KESIMPULAN
Melindungi
masa instruksional perlu dirancang dengan penuh kebijaksanaan oleh pemimpin
sekolah dan guru-guru bagi memastikan pembelajaran berlangsung di sekolah dan
murid akhirnya dapat belajar secara berkesan. Usaha ini memerlukan kerjasama dan sokongan padu
daripada semua peringkat lapisan sekolah kerana kejayaan melindungi masa
instruksional tidak mampu dicapai tanpa kerja berpasukan yang mantap.
1.0
SYOR
Dicadangkan
agar program ini dapat dilaksanakan di semua sekolah. Pelaksanaannya diharap
dapat memastikan Tiga Idea Utama Pendidikan (Three Big Ideas In Education) terlaksana iaitu fokus kepada pembelajaran
murid, kolaborasi antara guru (kerja sepasukan) dan fokus kepada hasil atau
kemenjadian murid.
2.0
RUJUKAN
1. Bahan
Kursus Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) untuk Guru Kanan, PK
Pentadbiran, Pengetua Dan Guru Besar, pada 22 -24 Mei 2012 di IAB(Utara).
2. Melindungi Masa
Instruksional (Protecting Instruktional Time) Di Sekolah Untuk
Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran
Murid. Nota Sektor Operasi Pendidikan, KPM 2012.
3. Amalan-Amalan Terbaik
Pengurusan Pendidikan. Majlis Pengetua
Cemerlang Kebangsaan, 2010.
"Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. Ia
ReplyDeletebermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dipelajari di dalam bilik darjah (dalam Peraturan-Peraturan Kebangsaan
Pendidikan 1997 berkaitan kurikulum). Pelaksanaan kokurikulum adalah
wajib. Kegagalan melaksanakan kegiatan ini adalah suatu kesalahan yang
boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau 3 bulan penjara atau keduaduanya ( Akta Pendidikan ,1996: Seksyen 18 - Akta 550). Penyertaan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar
dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Arahan ini termaktub
sebagaimana dalam SPI Bil. 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15
Januari 1986. Peraturan-peraturan dan arahan ini jelas menunjukkan kegiatan
kokurikulum adalah sebahagian masa instruktional yang wajib dilaksanakan"
Persoalan saya, adakah melaksanakan latihan sukantara,saringan dan persiapan sukan dianggap melanggar konsep MMI dan adakah PdP tidak berjalan semasa latihan ini dibuat dipadang?