Pages

Tuesday, 21 May 2013

Mesyuarat Guru Pertama Tahun 2013

                                              SEKOLAH KEBANGSAAN ST MARK PERAI

MINIT MESYUARAT GURU KE 1 / 2013
Tarikh              : 26.12.2012
Hari                  : Rabu
Tempat            : Bilik Mesyuarat
Masa               : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari

A.      KEHADIRAN
1. En. Harwan Singh a/l Harbhajan Singh (Guru Besar)
2. Pn. Tan Ah Lay (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Pn. Saayah binti Hamad (Penolong Kanan HEM)                
4. Pn. Nazlida binti Mansor
5. En. Hayazi bin Shorer
6. En. Azmi bin Bakar
7. Pn. Rozlina binti Ramli
8. En. Abdul Razak bin Kamal
9. En. Mohd Irwan Shah bin Mohd Noor
10. En. Sugumaran a/l Poovananthiran
11. Pn. Tuzana binti Mohamad
12. Pn. Ruslina binti Saad
13. Pn. Rofizah binti Abdullah
14. Pn. Mastura binti Zakaria
15. Pn. Siti Rohayu binti Ismail
16. Pn. Soudamini a/p Narayanan Nair
17. Pn. Normalawati binti Johari
18. Cik M. Tilaheswary a/p Marimuthu
19. Pn. Mariyatul Kaptiah binti Md Sabiani
20. Pn. Maris bt Abidin
21. En. Amirudin b. Omar
22. En. Chew Lam Kee
23. Pn. Noor Hafiza bt Muhamad

Tidak Hadir
1. Pn. Nor Latina bt Abdul Aziz ( cuti bersalin )

B.   AGENDA

1.0        Ucapan Alu-aluan Pengerusi

Pengerusi Mesyuarat Guru memberikan salam serta membuat ucapan pembukaan untuk mesyuarat guru kali pertama untuk sesi 2013.

1.1       Guru Besar mengucapkan selamat kembali bertugas kepada guru-guru untuk sesi 2013. Beliau amat berharap dan yakin semua guru akan beri komitmen kerja yang lebih baik dan lebih cemerlang lagi berbanding dengan tahun 2012.

1.2       Beliau turut memaklumkan bahawa empat orang guru yang telah mohon bertukar pada tahun 2012, semuanya tidak berjaya.

1.3       GB mengalu-alukan kehadiran guru baru iaitu En. Chew Lam Kee dari SK Juru ( yang mengganti Pn Chin Soon Sim yang telah bersara) dan Pn. Nor Hafizah dari SK Kebun Sireh.

1.4       Sekolah SK St. Mark Perai adalah di bawah pemantauan Pn Rohaidah bt Omar (Pegawai PROSA)Pen.PPD Bahasa Inggeris PPD Tengah.

Tindakan : Makluman

2.0     Pengesahan Minit Mesyuarat kali keempat 2012

2.1      Minit mesyuarat kali keempat, 2012 telah dicadang untuk disahkan oleh En. KP Sugumaran dan disokong oleh Cik Tilaheshwary.

                                                                                                             Tindakan : Makluman

 3.0    Perkara Berbangkit

3.1      Guru Perpustakaan Media merujuk kepada perkara 5.10 berkenaan tombol pintu PSS yang masih belum dibaiki kerosakkannya serta memaklumkan juga hal kebocoran paip pendingin hawa yang telah beliau baiki.

             GB memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dimaklumkan kepada kontraktor dan ditangguhkan sementara waktu kerana kontraktor sibuk dengan urusan lain tetapi akan memulakan kerja-kerja pembaikan serentak dengan penambahbaikan bilik KH tidak lama lagi.

                                                                                                         Tindakan : Pentadbiran

            Beliau juga memaklumkan bahawa sekolah 2 sesi dibatalkan kerana keadaan sekolah yang masih belum bersedia dan bilik sains dibahagikan kepada dua untuk dijadikan kelas bagi menampung murid yang berlebihan.

                                                                                                            Tindakan : Makluman

4.0    Maklumat dari Guru Besar

4.1      GB memaklumkan bahawa guru yang bertugas pada minggu yang ada untuk mesyuarat guru akan menjadi pengerusi dan dijalankan secara bergilir-gilir.

 4.2      Telefon bimbit juga perlu dimatikan ketika mesyuarat dijalankan.

                                                                                                            Tindakan : Makluman

5.0    Visi Sekolah

5.1      Menjadikan SK St Mark Perai sebuah institusi pendidikan rendah yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah di Negeri Pulau Pinang menjelang tahun 2025

 5.2      Cemerlang yang dimaksudkan adalah berkenaan keseluruhan tenaga kerja mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

                                                                                                          Tindakan : Makluman

6.0     Misi Sekolah

6.1      Berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan memenuhi Aspirasi Negara Malaysia

                                                                                                Tindakan : Makluman

7.0    Tanggungjawab Dalam Urusan Harian

7.1      Selagi bekerja, semua guru perlu membaca, meneliti, memahami, mengamalkan, melaksanakan, menilai serta membuat refleksi  ke atas:

a. Dasar-dasar kerajaan (termasuk dasar baru)

b. Surat-surat Pekeliling (semua jenis)

c. Panduan-panduan am dan khas

d. Perintah Am

e. Surat-surat dari PPD/JPN/KPM dan sebagainya.

f. Memo Rasmi Sekolah

                                                                                                     Tindakan : Makluman

7.2       Guru-guru dinasihatkan supaya lebih prihatin berkenaan :

a. PelanPembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan kesemua isi kandungannya

b. Semua dokumen KSSR dan PBS Tahun 3

c. Melindungi Masa Instruksional (MMI)

- fokus utama adalah mengawal waktu pengajaran dan pembelajaran


- peranan ibu bapa membantu meningkatkan pencapaian di sekolah


   - penambahbaikan untuk guru-guru Bahasa Inggeris


Guru Besar menerangkan setiap perkara satu-persatu.

                                                                                         Tindakan : Makluman


7.3      Mulai awal tahun 2012, tugas-tugas yang berkaitan dengan data,fakta atau statistik telah mula ditekankan dan akan terus dijadikan agenda penting pada tahun 2013 oleh PPD/JPN/KPM dalam semua perkara.Misalnya HEADCOUNT, KPI, NKRA, SKPM, SKT, PERANCANGAN STRATEGIK & TAKTIKAL, LINUS , SIP dan sebagainya. Diharap semua guru yang terlibat terutamanya semua Penolong Kanan dan Ketua-ketua Panitia dan guru tugas khas akan lebih bersedia kerana kebanyakkan tugas melibatkan kerja-kerja atas talian (on-line)
 
7.4      Jesteru itu, semua guru perlu mempunyai e-mail peribadi dan mahir mengenai asas-asas ICT terutamanya yang melibatkan penggunaan internet. Semua surat-menyurat dari PPD juga adalah melalui e-mail dan dibuat secara berpringkat mulai sekarang. E-mail perlu dibuka sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

                                                                                                      Tindakan : Semua Guru

8.0    Budaya Kerja X PLUS

8.1      Semua guru perlu amalkan Budaya Kerja X PLUS (rujuk lampiran yang diedarkan) dan berbincang serta bawa bersama dalam setiap perjumpaan panitia mata pelajaran dan mesyuarat diperingkat AJK kelak.

                                                                                                      Tindakan : Semua Guru

9.0    Kedudukan Sekolah (ranking)

9.1      Kedudukan Sekolah SK St Mark Perai adalah 976/9674 dengan pencapaian band 2. Penilaian untuk UPSR hanya 30% sahaja, yang lain melibatkan pencerapan guru, kehadiran dan lain-lain lagi.

 
10.0  UPSR 2012

10.1    Jumlah Calon UPSR     : 46 orang

Lulus UPSR 2012        : 84.8 %              

Peratus 5A                   : 17.39 (8 murid)

Tahun 2011                 : 84.2 %

Peningkatan                 : 0.6  %

 
10.2    GPS sekolah pada tahun 2012 adalah 1.85 berbanding 2011 iaitu 2.06.Analisa mata pelajaran UPSR boleh dirujuk di laman blog sekolah.Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas pencapaian ini.

                                                                                                           Tindakan : Makluman

11.0  Sasaran UPSR 2013

11.1    Sekolah mensasarkan 90.00% murid-murid tahun 6 SK St Mark Perai lulus dalam UPSR 2013 serta 10 orang murid mendapat 5A.

                                                            Tindakan : Semua Guru Tahun 6 & Pentadbir

12.0  Perubahan dan Dasar Baharu

12.1    Penilaian ke atas murid melibatkan pelaksanaan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan SPPK (Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan). Ia merupakan penambahbaikan untuk UPSR mulai 2011 di semua sekolah rendah.
 
12.2    Murid-murid tahun 1, 2 dan 3 akanmelalui ujian diagnostik LINUS, PEMULIHAN dan PBS manakala murid-murid Tahun 4 dan 5 menjalani PBS 100%.

12.3    Mulai tahun 2016, UPSR akan dinilai berdasarkan 60% PBP dan 40% PBS. Mata pelajaran yang lain seperti KT, KH dan sebagainya dinilai 100% berdasarkan PBS.

12.4     Setiap pelajar akan diberikan laporan prestasi secara bertulis dan tidak lagi digredkan A,B,C dan sebagainya.

 12.5    Pentaksiran dijalankan secara :

            a) Pentaksiran Formatif

            b) Pentaksiran Sumatif

            Murid-murid diberikan penilaian mengikut kerangkka Standard Prestasi iaitu dari Band 1 hingga Band 6.Keputusan SPPK mesti dimasukkan ke dalam buku rekod mengajar.

                                                                                                   Tindakan : Semua Guru

 

12.6    Guru yang telah menghadiri kursus KSSR dan SPPK wajib membuat “in house training” selama 6 jam untuk semua guru di sekolah dan menyelesaikannya sebelum 31 Disember 2012. Taklimat KSSR tahun 1 dan 2 juga perlu diulang semula.

                                                                                          Tindakan : Semua Guru KSSR
 
12.7    Sukan mesti diadakan selepas bulan Jun sebagai acara kemuncak tahunan sekolah.Sepanjang Januari hingga Jun, perlu ada pengisian program-program berkaitan dengan sukan di sekolah.Mesyuarat rumah sukan sepatutnya sudah dibuat pada minggu terakhir persekolahan 2012 dan segala aktivi sukan sudah boleh dijalankan mulai Januari.

                                                                                            Tindakan : PK Kokurikulum
 
12.8    Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani boleh memakai pakaian PJ selepas waktu PJ tetapi perlu lengkap dengan track top dan track bottom ketika mengajar waktu p&p di dalam kelas.

                                                                                            Tindakan : Semua Guru PJ
 
12.9    Mulai tahun 2013, semua guru yang mengajar terutamanya tahun 1, 2 & 3 mestilah mengikut opsyen yang betul. Guru-guru diingatkatkan supaya menghayati dasar MBMMBI dengan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my/mbmmbi/

                                                                                              Tindakan : PK 1

12.10  Sekolah diingatkan supaya memastikan semua murid telah menerima buku teks SPBT sebelum cuti sekolah dan bukan diedarkan pada hari pertama persekolahan.Setiap kelas meja dan kerusi yang mencukupi untuk setiap murid srta menyediakan sebuah kerusi dan meja yang lebih untuk murid baru yang dijangka masuk.

                                                                                 Tindakan : PK HEM & Guru SPBT

 
12.11  Untuk membantu dalam MBMMBI, seorang penutur jati (native speakers) Bahasa Inggeris di Daerah Tengah akan ditempat di sekolah yang terpilih tetapi bergerak ke sekolah-sekolah lain mengikut jadual dan keperluan untuk membantu sekolah.

 12.12  Data Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), e-Penarafan Sekolah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan NKRA telah mula diisi pada 15 Disember 2012 hingga 26 Disember 2012.Kedudukan sekolah-sekolah akan diketahui pada awal tahun 2013.

                                                                                                    Tindakan : Makluman

13.0  EMIS

13.1    Data EMIS sangat pentingdan perlu sentiasa dikemaskini dengan betul, tepat dengan penuh integriti. Semua guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesahihan data peribadi masing-masing.

13.2    Data dari emisatas talian digunakan di sekolah, PPD, JPN, KPM, Jabatan-jabatan kerajaan lain sehingga ke peringkat tertinggi Negara serta dalam modul-modul aplikasi lain.Jika ada ralat, ini boleh menjejaskan perkhidmatan.Misalnya, kenaikan pangkat, Time Base, kursus.Prestasi, pengesahan jawatan, pencen dan sebagainya.

                                                                                                          Tindakan : Guru Data

 14.0  Pertukaran Guru

14.1    Justifikasi Pertukaran guru adalah seperti berikut:

a) ancaman keselamatan

b) Sakit Kronik (hampir dengan tempat rawatan)

c) Sakit Kronik pasangan

d) Telah berada di tempat yang sama lebih 36 bulan

e) Atas nasihat & cadangan guru besar ( kes guru bermasaalah) – perlu dapat persetujuan antara pegawai PPD dan JPN

f) Redeployment (10 tahun & ke atas) atas keperluan perkhidmatan berkuatkuasa serentak seluruh Malaysia pada 1 Disember 2012.

Pegawai dalam proses tindakan tatatertib oleh JPN tidak dibenarkan bertukar sehingga selesai kes.

 
14.2    Redeployment dilaksanakan oleh semua negeri mengikut keperluan opsyen BM dan BI bagi merealisasikan dasar MBMMBI bagi mengimbangi semula guru mengikut keperluan opsyen.


14.3    Ibu bapa dan masyarakat digalakkan hadir untuk lihat aktiviti-aktiviti sekolah yang dijalankan terutama sukan.

                                                                                                Tindakan : Makluman   

15.0  Integriti Guru

15.1    Antara tugas Guru Besar wajib memantau dan melaporkan kepada PPD / JPN dan Sektor Jaminan Kualiti berkenaan guru-guru yang bekerja dibawah paras minima supaya tindakan selanjutnya boleh diambil. Rekod Perkhidmatan Guru perlulah dijaga dan mestilah sentiasa bersih.
 
15.2    Urusan peribadi perlu diselesaikan selepas waktu sekolah atau menyerahkan kepada pasangannya suami atau isteri untuk diselesaikan supaya tugasan rasmi di sekolah tidak terganggu.

                                                                                                      Tindakan : Semua Guru 

15.3    Guru-guru bertugas di sekolah perlu ada budaya berjalan-jalan melihat sekeliling kawasan sekolah, memantau murid-murid, kebersihan kawasan serta keselamatan sekolah dan melaporkan semua perkara dalam buku guru bertugas untuk tujuan pemantauan JPN/PPD.
                                                                                                    Tindakan : Guru Bertugas

16.0  Penilaian Prestasi Guru

16.1    Mulai tahun 2013, sistem dan cara penilaian prestasi akan lebih ketat mengikutpencapaian  sebenar  guru-guru. Perlu dibuktikan secara nyata dan mempunyai KPI masing-masing. Guru besar dan PK wajib mencerap setiap guru di dalam kelas. Semua bukti dan laporan tugasan guru akan disimpan sebagai eviden.

                                                                                                      Tindakan : Pentadbir

 16.2    Semua kenaikan pangkat mesti mengikut arahan penempatan.Rayuan boleh dibuat kemudiannya.


16.3    Di dalam SKGM (Standard Kualiti Guru Malaysia), guru-guru yang memperolehi Standard 6 dan 7 akan dipanggil berkursus mulai 2013.

 
16.4    P&p perlu dijalankan pada hari pertama persekolahan dan akan dipantau oleh PPD, JPN dan Nazir Persekutuan.

                                                                                                       Tindakan : Makluman

 17.0  Cuti

17.1    Guru-guru yang bercuti sama ada Cuti Rehat, Cuti Sakit, Cuti Separuh Gaji ataupun Cuti Tanpa Gaji sekalipun masih terikat dengan semua peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa.
 
17.2    Tugas yang belum selesai perlu disempurnakan juga selepas balik dari bercuti kecuali tugas kritikal yang mungkin telah diselesaikan atau diambil alih oleh guru yang lain.
 
17.3    Cuti Tanpa Gaji hanya satu kemudahan sahaja bukannya bebas dari tanggungjawab.

17.4    Guru Besar mesti membuat laporan polis  jika ada staf yang mengambil MC PALSU sebelum mengambil tindakan tatatertib seterusnya. Kes perlu dibina dan dibuka fail untuk tindakan tatatertib.

                                                                                                      Tindakan : Makluman

18.0  Hal Ehwal Murid

18.1    Guru Besar mengingatkan bahawa untuk kebajikan murid-murid, pastikan hanya murid-murid yang layak sahaja menerimanya supaya tiada aduan mengenainya ditujukan ke sekolah.

 18.2    Maklumat dalam Sistem Maklumat Murid (SMM) juga perlu tepat, terkini, sahih dan boleh dipercayai. Maklumat perlu dikemaskini sekerap mungkin untuk kegunaan sekolah dan pihak JPN/PPD.

                                                                                           Tindakan : Semua Guru Kelas

19.0  Kurikulum

19.1    Semua Ketua Panitia dan Penolong Kanan perlu ada dokumentasi perancangan yang terkini, lengkap berserta dengan NKRA dan KPI sendiri untuk dicapai bagi tahun 2013 bagi setiap bidang.

 19.2    Analisa SWOT perlu dirangka bersama-sama strategi pengurusan untuk bidang masing-masing untuk tahun 2013.

                                                                                      Tindakan : Ketua-ketua Panitia
 

19.3    Guru Besar turut mengingatkan supaya tiada kumpulan-kumpulan PK1, PK HEM, PK KK dan sebagainya di sekolah.Semua staf perlu kerja sebagai satu pasukan di bawah naungan Guru Besar.

                                                                                                    Tindakan : Makluman

20.0  Pentadbiran

20.1    Tandas mesti ceria dan dicat dengan cat kalis tulisan.

20.2    Tugas asas rasmi  GB di sekolah melibatkan empat perkara iaitu Pemantauan (Observation), Pencegahan (Preventive), Pembaikan (Corrective)  dan Hukuman (Punitive).

                                                                                                        Tindakan : Makluman


20.3    Sebarang bentuk buku aktiviti atau buku kerja luar adalah tidak dibenarkan untuk dibeli oleh guru untuk kegunaan murid dalam bilik darjah. Guru perlu menyediakan sendiri lembaran kerja dan kertas ujian sendiri dengan menggunakan komputer dan bukannya mengambil 100% dari buku-buku kerja.

                                                                Tindakan : PK1 & JK Peperiksaan Sekolah

20.4    Permohonan keluar negara mesti dibuat sekurang-kurangnya 3 minggu atau lebih kepada JPN. Jika kurang dari 3 minggu, GB tidak dibenarkan untuk menyokong dan tidak akan diluluskan oleh pihak atasan. Tindakan tatatertib akan diambil jika kakitangan awam ke luar negara tanpa kelulusan. Insuran untuk keluar negara layak sekali sahaja untuk satu tahun.

                                                                                              Tindakan : Semua Guru

 
20.5    Guru-guru perlu memastikan bahawa bayaran Buku Rampaian MSSPP dan Yuran MSSPP diselesai dengan cepat.                                                                         

20.6    Guru-guru yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu diharapkan dapat berkongsi pengalaman dan membantu rakan-rakan yang lain dalam bidang profesional perguruan.

21.0  Arahan Am

21.1    Semua Guru tertakluk kepada arahan Perintah Am Kerajaan dan Pekekeliling yang di keluarkan dari masa ke semasa.Semua guru hendaklah patuh kepada profesion keguruan dan arahan tugas.

Guru dan staf sokongan perlu mengamalkan prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang setiap masa

21.2    Semua guru perlu menghayati Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara dan Matlamat Pendidikan Negara. Kepentingan murid adalah lebih utama daripada kepentingan peribadi pada bila-bila masa waktu bekerja dan akur kepada “Surat Aku Janji” yang telah ditandatangani oleh semua.

                                                                                                  Tindakan : Semua Guru

22.0  Memo Rasmi Pentadbiran

22.1    Memo Rasmi pentadbiran dan pengurusan sekolah akan dikeluarkan dari masa ke semasa sekiranya perlu oleh pihak pentadbiran.

22.2    Semua guru wajib menandatangani sebagai akuan telah baca memo tersebut dan seterusnya guru besar dan penolong kanan akan meneruskan dengan tindakan yang sewajarnya berdasarkan memo yang dikeluarkan.

22.3    Guru dan staf yang telah menandatangani memo dan seterusnya tidak melaksanakan kandungan memo akan dianggap sebagai ingkar arahan.

                                                                                                     Tindakan : Makluman

23.0  Tidak Hadir Bertugas

23.1    Guru-guru dikehendaki memaklumkan dengan segera kepada PK1 jika tidak dapat hadir ke sekolah pada hari berkenaan selewat-lewatnya jam 7.25 pagi.

23.2    Ini disusuli dengan pesanan ringkas telefon bimbit kepada GB untuk makluman juga sebelum 7.25 pagi. SMS adalah sebagai bukti mohon.

23.3    Sijil sakit (MC) perlu diserahkan kepada GB sahaja dengan berjumpa dengannya pada hari yang berikut. Hanya Ketua Jabatan sahaja boleh “endorse” dan luluskan cuti sakit.GB juga mengingatkan bahawa sijil sakit BUKAN cuti sakit selagi tidak diluluskan oleh GB.

23.4    Jika MC swasta lebih dari 15 hari, perlu dapatkan pengesahan daripada doctor kerajaan. Guru-guru diingatkan bahawa setiap MC yang diambil boleh menjejaskan rekod perkhidmatan secara tidak langsung.

                                                                                                        Tindakan : Makluman

24.0  Cuti Rehat Khas

24.1    Setiap orang guru layak memohon kepada Guru Besarcuti rehat khas sebanyak 7 hari setahun.


24.2    Pertimbangan meluluskan cuti adalah berdasarkan syarat tidak menjejaskan perjalanan sekolah dan tidak mengganggu P&P di sekolah. Oleh itu, ianya juga  perlu dirujuk dan disokong oleh PK 1.



                                                                                                 Tindakan : Makluman

25.0  Keluar Dari Kawasan Sekolah

25.1    Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah ketika bertugas kecuali kes-kes kecemasan seperti kematian keluarga terdekat, menghadiri mesyuarat dan sebagainya. Ini perlu direkodkan di dalam boring kebenaran keluar.

                                                                                                    Tindakan : Makluman

26.0  Surat atau Pekeliling Untuk Tindakan

26.1    Semua maklum balas dari surat atau pekeliling perlu dibereskan 3 hari sebelum tarikh   
            akhir.

26.2    Guru-guru perlu memastikan semua surat atau dokumen telah disemak dan diperakui betul oleh PK yang berkaitan dan seterusnya mendapatkan pengesahan dan tandatangan dari Guru Besar sebelum dihantar ke unit berkenaan.

26.3    Guru-guru diingatkan supaya mengelakkan sebarang  peringatan daripada JPN/PPD samada secara bertulis ataupun secara panggilan telefon. (zero deffect).

                                                                        Tindakan : Pentadbir dan guru-guru

27.0  Buku Rekod Mengajar (BRM)

27.1    Guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan Buku Rekod Mengajar sendiri.

27.2    Maklumat di dalam BRM mestilah teliti, lengkap dan ditulis dengan tulisan yang kemas dan boleh dibaca.

27.3    BRM wajib diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan dibuat penilaian serta ditandatangani oleh GB/PK1.

                                                                                                       Tindakan : Makluman

28.0  Jadual Waktu

28.1    Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas masing-masing.

28.2    Guru-guru juga diingatkan supaya tidak mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran GB walapun suka sama suka.

29.0   Jadual Kedatangan Murid

29.1    Guru kelas bertanggungjawab mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan terkini.

29.2    Jadual kedatangan adalah dokumen rasmi. Oleh itu, ia perlu ditulis dengan teratur, kemas, bersih dan ditanda sendiri setiap hari oleh Guru Kelas (bukan murid atau ketua kelas) pada waktu pertama. Sekiranya guru kelas tidak hadir, guru ganti  bertanggungjawab menandanya.Kedatangan murid harus dicatatkan pada waktu pertama dan dihantar ke pejabat oleh guru sendiri selewat-lewatnya sebelum pukul 9 pagi.

29.3    Guru Kelas diberikan masa untuk melengkapkan Jadual Kedatangan Murid sebelum hujung bulan Januari dengan sempurna dan lengkap.

29.4    Guru Kelas turut diingatkan supaya menggunakan dakwat satu warna sahaja iaitu hitam atau biru.Nama murid mestilah ditulis dengan huruf besar dan disusun mengikut abjad.

29.5    Butiran ibu bapa/waris perlu diisikan dengan selengkapnya dan guru kelas perlu dapatkan maklumat terkini dari borang maklumat murid yang baru.

29.6    Semua kutipan bayaran mesti direkod dengan teliti dan lengkap. (jika ada)

29.7    Surat Amaran Pertama perlu dihantar kepada ibu-bapa / waris selepas murid tidak hadir selama  3 hari berturut-turut atau 10 hari dalam kes tidak berturut-turut. Surat Amaran Kedua dihantar 7 hari selepas amaran pertama untuk kes berturut-turut atau 20 hari selepas amaran pertama untuk kes tidak berturut-turut.Surat Amaran Terakhir (Surat berdaftar AR) dikeluarkan 7 hari selepas amaran ke 2 untuk kes berturut-turut atau 20 hari selepas amaran ke 2 untuk kes tidak berturut-turut. Semua surat amaran mesti dibuat dalam 3 salinan.

29.8    Semua surat MC/tidak hadir murid-murid mesti disimpan dengan baik dalam satu fail yang berasingan.

29.9    Jadual Kedatangan Murid perlu ditutup  pada akhir bulan dengan baik dan sempurna dengan memastikan pengiraan adalah tepat dan betul. (Tarikh tutup ialah 28hb/30hb/31hb).Sekiranya 30hb atau 31hb jatuh pada hari Sabtu dan Ahad maka Jadual Kedatangan perlu ditutup pada hari Jumaat, bukan pada hari Isnin berikutnya.

29.10  Penggunaan pemadam cecair adalah tidak dibenarkan.

                                                                                             Tindakan : Guru Kelas   


30.0   Pelawat

30.1    Semua pelawat WAJIB berjumpa dengan GB/PK/PK Hem terlebih dahulu sebelum dibenarkan berjumpa dengan guru, staf atau murid.

30.2    Guru tidak dibenarkan berbincang dengan mana-mana wakil firma jualan, jurujual atau orang luar didalam kawasan sekolah tanpa makluman dan kebenaran GB.

                                                                                                       Tindakan : Makluman

31.0   Membeli Peralatan

31.1    Guru yang hendak membeli peralatan mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang “Nota Minta” yang boleh didapati di pejabat. Borang tersebut perlu mendapat pengesahan Ketua Panitia/PK1 sebelum diluluskan oleh GB.

31.2    Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

                                                                                                   Tindakan : Makluman

32.0   Buku Stok / Inventori

32.1    Ketua Panitia dan Guru Khas bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalamnya lengkap, tepat dan terkini.Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh GB dan PK.

                                                                                             Tindakan : Ketua Panitia

33.0   Tanda Nama

33.1    Semua guru wajib memakai tanda nama pada hari persekolahan, semua majlis rasmi sekolah ataupun diluar sekolah yang dianjurkan oleh PPD/JPN dan sebagainya.

34.0   Kelab Kebajikan Guru & Staf

34.1    Semua guru dan staf secara automatik menjadi ahli Kelab Kebajikan Guru dan Staf. Jumlah yuran kelab tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

34.2    GB adalah penasihat kelab dan perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum menjalankan program atau memulakan apa-apa aktiviti di dalam atau di luar sekolah.

34.3    Kelab Kebajikan Guru & Staf juga tertakluk kepada semua peraturan Perkhidmatan Pelajaran dan tidak boleh menjalankan sebarang perniagaan di sekolah yang mengaut keuntungan dari murid-murid.

                                                                                      Tindakan : Makluman

35.0   Telefon dan Faks Sekolah

35.1    Penggunaanya hanyalah untuk kegunaan rasmi sekolah sahaja. Guru-guru hendaklah menggunakan telefon sendiri atau telefon awam di sekolah sekiranya ada urusan peribadi.Sekiranya perlu menggunakan juga telefon pejabat untuk urusan peribadi maka guru perlu membayar dan mencatatkan dalam buku rekod penggunaan telefon rasmi untuk tujuan pengauditan.

                                                                                                 Tindakan : Makluman

36.0   Penggunaan Peralatan Sekolah

36.1    Semua peralatan pejabat hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi sekolah sahaja. Komputer-komputer yang telah digunakan, perlu ditutup mengikut tatacara yang betul.

36.2    Guru-guru yang meminjam peralatan sekolah perlu bertanggungjawab menjaganya serta memulangkannya semula dengan segera. Segala kerosakan peralatan perlu dilaporkan.

 

                                                                                             Tindakan : Makluman

37.0   Perhimpunan Rasmi Isnin

37.1    Semua guru wajib berada ditempat perhimpunan rasmi setiap hari Isnin tepat jam 7.35 pagi dan mengelakkan guru-guru dan murid-murid yang lain tertunggu-tunggu.

37.2    Guru lelaki perlu memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.

                                                                                    Tindakan : Semua guru lelaki
 

37.3    Semua guru perlu menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri dan bersama-sama dengan murid-murid untuk melafazkan ikrar Rukun Negara.

37.4    Selepas perhimpunan, guru waktu pertama mesti terus berjalan bersama-sama membawa murid masuk ke kelas masing-masing.
 
                                                 Tindakan :Makluman                   

38.0   Kunci

38.1    Semua kunci bilik-bilik khas mesti disimpan di pejabat Jika ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mesti mendapatkan kebenaran Guru Besar terdahulu.

38.2    Guru-guru tidak dibenarkan sama sekali untuk membuat salinan kunci tanpa kebenaran GB. Guru yang memegang kunci bilik khas perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bilik tersebut.Apabila berlaku kehilangan, guru yang memegang kunci perlu bertanggungjawab keatasnya.

                                                                                              Tindakan : Makluman

39.0   Pesanan & Nasihat

39.1    Guru-guru dinasihatkan supaya elakkan dari :
 
a)         Lewat masuk kelas
b)         Keluar lebih awal dari waktu sebenar
c)         Kawalan kelas yang lemah (murid terlalu bising)
d)         Tidak menyiapkan Buku Ringkasan Mengajar.
e)         Tidak menghantar Buku Ringkasan Mengajar
f)          Datang lewat semasa guru bertugas mingguan
g)         Ingkar kepada arahan yang diberikan
h)         Mengajar sambil duduk di dalam kelas
i)          Jarang menyemak atau kurang teliti dalam menyemak buku latihan murid.
j)          Guru Bertugas yang tidak prihatin kepada masa misalnya,  tidak menamatkan perhimpunan pagi tepat pada masanya
k)         Menggunakan telefon bimbit  / dan menghantar pesanan ringkas dalam kelas
l)          Menulis Buku Ringkasan Mengajar di dalam kelas
m)        Mengunakan komputer riba dalam kelas yang tujuannya bukan untuk p&p
n)         Tidur di dalam perpustakaan atau di tempat lain.
o)         Tidak memakai pakaian pejabat yang sesuai dan betul, misalnya pemakaian baju batik pada hari khamis dan tali leher semasa perhimpunan
p)         Tidak memakai tanda nama
q)         Tidak memakai pakaian PJ yang sesuai.
r)          Laporan guru bertugas mingguan yang kurang perihatin dan yang tidak tepat
s)         Dan lain-lain lagi yang tidak menunjukkan kewibawaan dan profesionalisme sebagai seorang guru.
 
39.2    Guru-guru diingatkan supaya sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan prestasi murid dalam semua subjek yang di ajar, lebih proaktif.

                                                                                                   Tindakan : Makluman

40.0   Pelantikan Rasmi

40.1    Guru Besar secara rasminya melantik semua Jawatankuasa yang terlibat dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

40.2    Semua guru boleh merujuk kepada Manual Pengurusan dan Perancangan Sekolah 2013.

                                                                                               Tindakan : Makluman

41.0   Hal-hal lain

41.1    Guru Besar mengedarkan Buku Rekod Mengajar, Jadual Waktu dan Buku Kedatangan Murid.

41.2    Penolong Kanan Pentadbiran meminta kepada guru-guru yang mempunyai masalah dengan jadual waktu supaya berjumpa dengannya untuk berbincang.

41.2    PK 1 turut mengedarkan takwim sekolah untuk sesi 2013.

41.3    Beliau turut memaklumkan cuti berganti 14 dan 15 Februari 2013 akan diganti pada 26 Januari 2013 dan 27 April 2013.

41.4    PK HEM memaklumkan Hari Orientasi Tahun 1 akan diadakan pada 28 Januari 2012 dan beliau turut mengedarkan Jawatankuasa Kerja untuk program tersebut.

                                                                                        Tindakan : Makluman                                                    

42.0   Penangguhan Mesyuarat

42.1    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.01 tengahari.

 

Minit dicatat oleh:

 
Siti Rohayu binti Hj. Ismail
      Setiausaha Mesyuarat Guru
      SK St Mark Perai

1 comment: