|
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. MARK
PERAI
LORONG TIGA, 13600 PERAI,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PULAU PINANG
No. Tel / Faks : 04-3902179
|
MINIT CURAI
Taklimat / Mesyuarat
Perkara : Bengkel Pengurusan Kokurikulum
Tarikh : 10 September 2013
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD SPT
Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Seberang
Perai Tengah
BIL
|
PERKARA / ISU
|
CATATAN / TINDAKAN
|
1
|
Ucapan alu-aluan
oleh Pegawai PPD
(En. Zanusi bin
Othman)
|
-
Ucapan aluan daripada Pegawai
PPD.
-
PK Kokurikulum dapat merancang
aktiviti sekolah dengan baik.
-
Bertujuan untuk memastikan rekod
dan data diselenggarakan dengan baik.
|
2
|
Pengurusan sukan di
sekolah
Pegawai PPD
( Tn. Hj. Mohd Noor)
|
-
Mohon semua Penolong Kanan
Kokurikulum menghantar semua pelaporan. Antaranya:
1) Laporan Bulan
Kecergasan
2) Laporan Kem 1 Murid 1
Sukan
3) Laporan Sukan Tahunan
4) Laporan lain yang
berkaitan.
-
Beliau memaklumkan akan
berlakunya tambahan 4 permainan. Guru-guru yang terlibat akan dipanggil untuk
mempelajari permainan ini pada bulan Oktober. Permainan yang ditambah adalah:
1)Gimnastrada
2)Gimnastik
3)Ragbi
4)Softball
-
Beliau mengingatkan kepada semua
guru bahawa bidang sukan dan kokurikulum adalah berbeza.
|
3
|
Pengurusan Kewangan
Kokurikulum
Pegawai PPD
(En. Bakri)
|
-
Beliau menjelaskan peruntukan
kewangan perlu diagihkan dengan betul.
-
Sekolah perlu menghantar laporan
data kewangan dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’. Sehingga kini hanya 1
buah sekolah sahaja yang telah hantar.
-
Laporan data kewangan boleh dihantar melalui e-mail: kokoppdt@gmail.com
Beliau menjelaskan maklumat
akademik tidak boleh digunakan dalam peruntukan kokurikulum contohnya: Gempur
UPSR.
-
Beliau menjelaskan setiap
aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan peruntukan wang BKK perlu ada
kertas kerja dan pelaporan.
|
4
|
Pengurusan
Kokurikulum
Pegawai PPD
(En. Zanusi bin
Othman)
|
-
Menjelaskan beberapa buah
sekolah yang masih belum menghantar data penglibatan murid.
-
Beliau menjelaskan sekolah hanya
perlu menghanta 4 laporan penting ke PPD iaitu:
a)
Data Penglibatan Murid
(Tarikh akhir 31 Julai 2013)
b)
Data Peruntukan Kewangan
(Tarikh akhir 31 Oktober 2013)
c)
Data Kehadiran Murid
(Tarikh akhir 31 Oktober 2013)
d)
Pelaporan Tahunan Kokurikulum
(Tarikh akhir 30 September 2013)
-
Laporan tersebut boleh dihantar
melalui email:
-
Beliau menjelaskan sekiranya
pihak sekolah telah menghantar ke PPD melalui
email, maklumbalas boleh dibuat melalui ‘letterhead’ atau kepala surat
sekolah dengan memaklumkan laporan tersebut telah dihantar melalui email. Ini
bertujuan untuk pengurusan fail di PPD.
|
5
|
Pertauliahan TKRS
Pegawai PPD
(En. Bakri bin
Othman)
|
-
Pertauliahan di peringkat sekolah
boleh dilakukan dalam kursus LDP.
-
Pihak sekolah boleh memaklumkan
kepada PPD jadual LDP dan pihak PPD akan melaksanakan kursus tersebut kepada
guru-guru.
|
6
|
Anugerah
Kokurikulum
Peringkat PPD SPT
Pegawai PPD
(En. Bakri bin
Othman dan Zanusi bin Othman)
|
-
Beliau juga menjelaskan Anugerah
Kokurikulum akan diadakan diperingkat PPD. Semua Pen. Kanan Kokurikulum akan
dilantik menjadi AJK untuk mengendalikan majlis tersebut.
-
Mesyuarat tentang Hari Anugerah
Kokurikulum Peringkat PPD akan dimaklumkan nanti.
|
Pelapor :
………………………………….. Tarikh
: 11 September 2013
NAZLIDA BINTI MANSOR
Setiausaha Kokurikulum
Sek. Keb. St. Mark Perai
No comments:
Post a Comment