MINIT CURAI
Taklimat / Mesyuarat
Perkara : Taklimat Peluasan Transformasi PPD
dan Pencalonan SISC+ dan
SIPARTNERS+ Daerah Seberang Perai
Tarikh : 19 Jun 2013
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Sek. Men. Desa Murni, Sungai
Dua
Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Seberang
Perai Tengah
BIL
|
PERKARA / ISU
|
CATATAN / TINDAKAN
|
1.
|
Pengenalan oleh
Guru Cemerlang
(En. Haris bin
Yahya)
Peranan SISC+ dan
SIPARTNERS
|
-
School
Improvement Specialist Coach+ (SISC+) adalah salah satu inisiatif dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di bawah program Transformasi Pejabat
Pelajaran Daerah. SISC+ adalah pembimbing guru yang berdedikasi dan komited
untuk mempertingkat kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.
Seseorang guru yang mempamer prestasi yang cemerlang serta memiliki kemahiran
inter dan intrapersonal yang baik merupakan calon yang sesuai untuk mengisi
jawatan ini. Pegawai yang dilantik sebagai SISC+ akan ditempatkan di PPD
untuk membimbing guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Matematik yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Pada masa ini SISC+ hanya
akan dilantik untuk tiga mata pelajaran yang dinyatakan sahaja.
Pada asalnya SISC+ dirancang untuk sekolah di negeri Kedah dan
Sabah sahaja. Seterusnya, diperkembangkan ke semua sekolah di setiap negeri.
Program transformasi ini
merupakan satu pendekatan berkoordinasi baru untuk meningkatkan prestasi
sekolah dengan berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta memberi
sokongan penuh kepada sekolah dan sekolah mengambil sikap bertanggungjawab.
-
Pada peringkat awal SISC+ dan SIPARTNERS+
baharu akan menjalani latihan untuk tugas-tugas baharu.
-
SISC+ yang dipilih akan diberi
tugas kepada sekolah yang dipertanggungjawabkan. Bertugas sebagai pembimbing
guru dan melakukan lawatan ke sekolah.
-
SIPARTNERS+ ialah seorang pembimbing kepada
pihak pengurusan untuk meningkatkan
kualiti
pentadbiran di sekolah yang
ingin ditingkatkan
prestasinya.
|
Syarat-syarat
kelayakan SISC+
Syarat-syarat
kelayakan SIPARTNERS+
|
1.
Guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris atau
Matematik
yang sedang berkhidmat dengan KPM.
2.
Memiliki opsyen
sekurang-kurangnya peringkat
ijazah
sarjana muda dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau
Matematik.
3.
Berkhidmat sekurang-kurangnya 5
tahun dalam gredDG41. Ex-PPLD yang tempoh perkhidmatannya setara juga layak
memohon.
4.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang
mempunyai pengalaman mengajar dan opsyen bagi mata pelajaran berkenaan juga
layak memohon.
5.
Mempamer prestasi cemerlang sebagai guru
mata pelajaran berkenaan.
6.
Mempunyai rekod perkhidmatan
yang cemerlang dan tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.
7.
Menunjukkan
kemahiran pengajaran yang cemerlang.
8.
Mempunyai
kemahiran komunikasi dan insaniah yang baik.
9.
Bersedia untuk
belajar dan mencuba cara dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terbaru
dan inovatif.
1. Mempunyai gred DG48 dan ke atas.
2. Mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam pengurusan sekolah.
3. Mempamerkan pengalaman luas dalam tugas-tugas pentadbiran.
4.
Mempunyai
kelayakan NPQEL.
|
|
Gred Jawatan SISC+
|
-Gred jawatan
SISC+ adalah DG44 hakiki.
|
|
Waktu bekerja
|
1.Pegawai
SISC+ akan bertugas mengikut waktu
pejabat dimana pegawai ditempatkan.
2. Pegawai diberi kelayakan cuti
mengikut pekeliling
perkhidmatan semasa.
3. 4 hari di sekolah dan 1 hari untuk
buat data dan
pelaporan.
|
|
Tatacara memohon
dan tarikh tutup
sebelum
15 Ogos 2013
|
1.
Permohonan hendaklah melalui
Ketua Jabatan masing -masing.
2.
Borang permohonan boleh dimuat
turun dari portal
KPM
diruangan peluang kerjaya.
3.
Borang yang telah lengkap dan
disahkan oleh
Ketua
Jabatan hendaklah dimajukan ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing atau
daerah yang dipohon di Unit Pengurusan Akademik.
4.
Panel PPD akan membuat saringan
awal sebelum
memajukan
borang permohonan yang memenuhi syarat ke JPN masing-masing.
5.
Bagi negeri yang tidak
mempunyai PPD,
permohonan
hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pelajaran Negeri.
6.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) yang
sedang berkhidmat di bahagian-bahagian
KPM boleh mengemukakan permohonan ke JPN yang berkenaan melalui Ketua Jabatan
masing-masing.
7.
Panel di JPN akan membuat
saringan kedua
sebelum
memilih PPP yang akan ditemuduga.
8.
Calon yang lulus temuduga
sahaja akan dilantik
sebagai
pegawai SISC+.
9.
Calon yang berjaya sahaja akan
dihubungi oleh
JPN
masing-masing.
10. Keputusan
panel pelantikan SISC+ adalah
muktamad.
|
Pelapor :
………………………………….. Tarikh
: 20 Jun 2013
NAZLIDA BINTI MANSOR
Setiausaha Kokurikulum
Sek. Keb. St. Mark Perai