MINIT
MESYUARAT GURU KE 1 / 2013
Hari : Rabu
Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
A.
KEHADIRAN
1. En. Harwan Singh a/l Harbhajan Singh (Guru Besar)2. Pn. Tan Ah Lay (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Pn. Saayah binti Hamad (Penolong Kanan HEM)
4. Pn. Nazlida binti Mansor
5. En. Hayazi bin Shorer
6. En. Azmi bin Bakar
7. Pn. Rozlina binti Ramli
8. En. Abdul Razak bin Kamal
9. En. Mohd Irwan Shah bin Mohd Noor
10. En. Sugumaran a/l Poovananthiran
11. Pn. Tuzana binti Mohamad
12. Pn. Ruslina binti Saad
13. Pn. Rofizah binti Abdullah
14. Pn. Mastura binti Zakaria
15. Pn. Siti Rohayu binti Ismail
16. Pn. Soudamini a/p Narayanan Nair
17. Pn. Normalawati binti Johari
18. Cik M. Tilaheswary a/p Marimuthu
19. Pn. Mariyatul Kaptiah binti Md Sabiani
20. Pn. Maris bt Abidin
21. En. Amirudin b. Omar
22. En. Chew Lam Kee
23. Pn. Noor Hafiza bt Muhamad
Tidak Hadir
1. Pn. Nor Latina bt Abdul Aziz ( cuti bersalin )
B.
AGENDA
1.0
Ucapan Alu-aluan Pengerusi
Pengerusi Mesyuarat Guru memberikan salam serta membuat ucapan pembukaan
untuk mesyuarat guru kali pertama untuk sesi 2013.
1.1 Guru
Besar mengucapkan selamat kembali bertugas kepada guru-guru untuk sesi 2013.
Beliau amat berharap dan yakin semua guru akan beri komitmen kerja yang lebih
baik dan lebih cemerlang lagi berbanding dengan tahun 2012.
1.2 Beliau
turut memaklumkan bahawa empat orang guru yang telah mohon bertukar pada tahun
2012, semuanya tidak berjaya.
1.3 GB
mengalu-alukan kehadiran guru baru iaitu En. Chew Lam Kee dari SK Juru ( yang
mengganti Pn Chin Soon Sim yang telah bersara) dan Pn. Nor Hafizah dari SK
Kebun Sireh.
1.4 Sekolah SK St. Mark Perai
adalah di bawah pemantauan Pn Rohaidah bt Omar (Pegawai PROSA)Pen.PPD Bahasa Inggeris PPD Tengah.
Tindakan : Makluman
2.0 Pengesahan
Minit Mesyuarat kali keempat 2012
2.1 Minit
mesyuarat kali keempat, 2012 telah dicadang untuk disahkan oleh En. KP
Sugumaran dan disokong oleh Cik Tilaheshwary.
Tindakan : Makluman
3.1 Guru
Perpustakaan Media merujuk kepada perkara 5.10 berkenaan tombol pintu PSS yang
masih belum dibaiki kerosakkannya serta memaklumkan juga hal kebocoran paip
pendingin hawa yang telah beliau baiki.
Tindakan : Pentadbiran
Beliau
juga memaklumkan bahawa sekolah 2 sesi dibatalkan kerana keadaan sekolah yang
masih belum bersedia dan bilik sains dibahagikan kepada dua untuk dijadikan
kelas bagi menampung murid yang berlebihan.
Tindakan : Makluman
4.0 Maklumat dari Guru Besar
4.1 GB
memaklumkan bahawa guru yang bertugas pada minggu yang ada untuk mesyuarat guru
akan menjadi pengerusi dan dijalankan secara bergilir-gilir.
Tindakan : Makluman
5.0 Visi Sekolah
5.1 Menjadikan
SK St Mark Perai sebuah institusi pendidikan rendah yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah di
Negeri Pulau Pinang menjelang tahun 2025
Tindakan : Makluman
6.0 Misi
Sekolah
6.1 Berusaha
mencapai kecemerlangan dalam semua bidang berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan memenuhi Aspirasi Negara Malaysia
Tindakan : Makluman
7.0 Tanggungjawab Dalam Urusan
Harian
7.1 Selagi
bekerja, semua guru perlu membaca, meneliti, memahami, mengamalkan, melaksanakan,
menilai serta membuat refleksi ke atas:
a. Dasar-dasar
kerajaan (termasuk dasar baru)
b. Surat-surat
Pekeliling (semua jenis)
c. Panduan-panduan am
dan khas
d. Perintah Am
e. Surat-surat dari
PPD/JPN/KPM dan sebagainya.
f. Memo Rasmi Sekolah
Tindakan : Makluman
7.2 Guru-guru dinasihatkan supaya lebih
prihatin berkenaan :
- fokus utama adalah mengawal waktu pengajaran dan pembelajaran
- peranan ibu bapa membantu meningkatkan pencapaian di sekolah
- penambahbaikan untuk
guru-guru Bahasa Inggeris
Guru
Besar menerangkan setiap perkara satu-persatu.
Tindakan : Makluman
7.3 Mulai awal tahun 2012, tugas-tugas yang berkaitan dengan data,fakta
atau statistik telah mula ditekankan dan akan terus dijadikan agenda
penting pada tahun 2013 oleh PPD/JPN/KPM dalam semua perkara.Misalnya HEADCOUNT,
KPI, NKRA, SKPM, SKT, PERANCANGAN STRATEGIK & TAKTIKAL, LINUS , SIP dan
sebagainya. Diharap semua guru yang terlibat terutamanya semua Penolong Kanan
dan Ketua-ketua Panitia dan guru tugas khas akan lebih bersedia kerana
kebanyakkan tugas melibatkan kerja-kerja atas talian (on-line)
7.4 Jesteru
itu, semua guru perlu mempunyai e-mail peribadi dan mahir mengenai asas-asas
ICT terutamanya yang melibatkan penggunaan internet. Semua surat-menyurat dari
PPD juga adalah melalui e-mail dan dibuat secara berpringkat mulai sekarang.
E-mail perlu dibuka sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
Tindakan : Semua Guru
8.0 Budaya Kerja X PLUS
8.1 Semua
guru perlu amalkan Budaya Kerja X PLUS (rujuk lampiran yang diedarkan) dan berbincang
serta bawa bersama dalam setiap perjumpaan panitia mata pelajaran dan mesyuarat
diperingkat AJK kelak.
Tindakan : Semua Guru
9.0 Kedudukan Sekolah (ranking)
9.1 Kedudukan
Sekolah SK St Mark Perai adalah 976/9674 dengan pencapaian band 2. Penilaian
untuk UPSR hanya 30% sahaja, yang lain melibatkan pencerapan guru, kehadiran dan
lain-lain lagi.
10.0 UPSR 2012
10.1 Jumlah
Calon UPSR : 46 orang
Lulus UPSR 2012 : 84.8 %
Peratus 5A :
17.39 (8 murid)
Tahun 2011 : 84.2 %
Peningkatan :
0.6 %
10.2 GPS
sekolah pada tahun 2012 adalah 1.85 berbanding 2011 iaitu 2.06.Analisa mata
pelajaran UPSR boleh dirujuk di laman blog sekolah.Guru Besar mengucapkan
tahniah kepada semua guru di atas pencapaian ini.
Tindakan : Makluman
11.0 Sasaran UPSR 2013
11.1 Sekolah
mensasarkan 90.00% murid-murid tahun 6 SK St Mark Perai lulus dalam UPSR 2013
serta 10 orang murid mendapat 5A.
Tindakan : Semua Guru Tahun 6 & Pentadbir
12.0 Perubahan dan Dasar Baharu
12.1 Penilaian
ke atas murid melibatkan pelaksanaan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
dan SPPK (Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan). Ia merupakan
penambahbaikan untuk UPSR mulai 2011 di semua sekolah rendah.
12.2 Murid-murid
tahun 1, 2 dan 3 akanmelalui ujian diagnostik LINUS, PEMULIHAN dan PBS manakala
murid-murid Tahun 4 dan 5 menjalani PBS 100%.
12.3 Mulai
tahun 2016, UPSR akan dinilai berdasarkan 60% PBP dan 40% PBS. Mata pelajaran
yang lain seperti KT, KH dan sebagainya dinilai 100% berdasarkan PBS.
12.4 Setiap pelajar akan
diberikan laporan prestasi secara bertulis dan tidak lagi digredkan A,B,C dan
sebagainya.
a) Pentaksiran Formatif
b) Pentaksiran Sumatif
Murid-murid diberikan penilaian
mengikut kerangkka Standard Prestasi iaitu dari Band 1 hingga Band 6.Keputusan
SPPK mesti dimasukkan ke dalam buku rekod mengajar.
Tindakan : Semua Guru
12.6 Guru yang telah menghadiri kursus KSSR dan
SPPK wajib membuat “in house training”
selama 6 jam untuk semua guru di sekolah dan menyelesaikannya sebelum 31
Disember 2012. Taklimat KSSR tahun 1 dan 2 juga perlu diulang semula.
Tindakan : Semua Guru KSSR
12.7 Sukan mesti diadakan selepas bulan Jun
sebagai acara kemuncak tahunan sekolah.Sepanjang Januari hingga Jun, perlu ada
pengisian program-program berkaitan dengan sukan di sekolah.Mesyuarat rumah
sukan sepatutnya sudah dibuat pada minggu terakhir persekolahan 2012 dan segala
aktivi sukan sudah boleh dijalankan mulai Januari.
Tindakan : PK Kokurikulum
12.8 Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani
boleh memakai pakaian PJ selepas waktu PJ tetapi perlu lengkap dengan track top dan track bottom ketika mengajar waktu p&p di dalam kelas.
Tindakan : Semua Guru PJ
12.9 Mulai tahun 2013, semua guru yang mengajar
terutamanya tahun 1, 2 & 3 mestilah mengikut opsyen yang betul. Guru-guru
diingatkatkan supaya menghayati dasar MBMMBI dengan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my/mbmmbi/
Tindakan : PK 1
12.10 Sekolah diingatkan supaya memastikan semua
murid telah menerima buku teks SPBT sebelum cuti sekolah dan bukan diedarkan
pada hari pertama persekolahan.Setiap kelas meja dan kerusi yang mencukupi
untuk setiap murid srta menyediakan sebuah kerusi dan meja yang lebih untuk
murid baru yang dijangka masuk.
Tindakan : PK HEM & Guru SPBT
12.11 Untuk membantu dalam MBMMBI, seorang penutur
jati (native speakers) Bahasa
Inggeris di Daerah Tengah akan ditempat di sekolah yang terpilih tetapi bergerak ke sekolah-sekolah
lain mengikut jadual dan keperluan untuk membantu sekolah.
Tindakan : Makluman
13.0 EMIS
13.1 Data EMIS sangat pentingdan perlu sentiasa
dikemaskini dengan betul, tepat dengan penuh integriti. Semua guru
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesahihan data peribadi masing-masing.
13.2 Data dari emisatas talian digunakan di sekolah,
PPD, JPN, KPM, Jabatan-jabatan kerajaan lain sehingga ke peringkat tertinggi
Negara serta dalam modul-modul aplikasi lain.Jika ada ralat, ini boleh
menjejaskan perkhidmatan.Misalnya, kenaikan pangkat, Time Base, kursus.Prestasi, pengesahan jawatan, pencen dan
sebagainya.
Tindakan : Guru Data
14.1 Justifikasi Pertukaran guru adalah seperti
berikut:
a) ancaman
keselamatan
b) Sakit
Kronik (hampir dengan tempat rawatan)
c) Sakit
Kronik pasangan
d) Telah
berada di tempat yang sama lebih 36 bulan
e)
Atas nasihat & cadangan guru besar ( kes guru bermasaalah) – perlu dapat
persetujuan antara pegawai PPD dan JPN
f)
Redeployment (10 tahun & ke atas)
atas keperluan perkhidmatan berkuatkuasa serentak seluruh Malaysia pada 1
Disember 2012.
Pegawai
dalam proses tindakan tatatertib oleh JPN tidak dibenarkan bertukar sehingga
selesai kes.
14.2 Redeployment
dilaksanakan oleh semua negeri mengikut keperluan opsyen BM dan BI bagi
merealisasikan dasar MBMMBI bagi mengimbangi semula guru mengikut keperluan
opsyen.
14.3 Ibu bapa dan masyarakat digalakkan hadir untuk
lihat aktiviti-aktiviti sekolah yang dijalankan terutama sukan.
Tindakan : Makluman
15.0 Integriti Guru
15.1 Antara tugas Guru Besar wajib memantau dan melaporkan
kepada PPD / JPN dan Sektor Jaminan Kualiti berkenaan guru-guru yang bekerja
dibawah paras minima supaya tindakan selanjutnya boleh diambil. Rekod
Perkhidmatan Guru perlulah dijaga dan mestilah sentiasa bersih.
15.2 Urusan peribadi perlu diselesaikan selepas
waktu sekolah atau menyerahkan kepada pasangannya suami atau isteri untuk
diselesaikan supaya tugasan rasmi di sekolah tidak terganggu.
Tindakan : Semua Guru
15.3 Guru-guru bertugas di sekolah perlu ada
budaya berjalan-jalan melihat sekeliling kawasan sekolah, memantau murid-murid,
kebersihan kawasan serta keselamatan sekolah dan melaporkan semua perkara dalam
buku guru bertugas untuk tujuan pemantauan JPN/PPD.
Tindakan : Guru Bertugas
16.0 Penilaian Prestasi Guru
16.1 Mulai tahun 2013, sistem dan cara penilaian
prestasi akan lebih ketat mengikutpencapaian
sebenar guru-guru. Perlu
dibuktikan secara nyata dan mempunyai KPI masing-masing. Guru besar dan PK
wajib mencerap setiap guru di dalam kelas. Semua bukti dan laporan tugasan guru
akan disimpan sebagai eviden.
Tindakan : Pentadbir
16.3 Di dalam SKGM (Standard Kualiti Guru
Malaysia), guru-guru yang memperolehi Standard 6 dan 7 akan dipanggil berkursus
mulai 2013.
16.4 P&p perlu dijalankan pada hari pertama
persekolahan dan akan dipantau oleh PPD, JPN dan Nazir Persekutuan.
Tindakan : Makluman
17.1 Guru-guru yang bercuti sama ada Cuti Rehat,
Cuti Sakit, Cuti Separuh Gaji ataupun Cuti Tanpa Gaji sekalipun masih terikat
dengan semua peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa.
17.2 Tugas yang belum selesai perlu disempurnakan
juga selepas balik dari bercuti kecuali tugas kritikal yang mungkin telah
diselesaikan atau diambil alih oleh guru yang lain.
17.3 Cuti Tanpa Gaji hanya satu kemudahan sahaja
bukannya bebas dari tanggungjawab.
17.4 Guru Besar mesti membuat laporan polis jika ada staf yang mengambil MC PALSU sebelum mengambil tindakan
tatatertib seterusnya. Kes perlu dibina dan dibuka fail untuk tindakan
tatatertib.
Tindakan : Makluman
18.0 Hal Ehwal Murid
18.1 Guru Besar mengingatkan bahawa untuk
kebajikan murid-murid, pastikan hanya murid-murid yang layak sahaja menerimanya
supaya tiada aduan mengenainya ditujukan ke sekolah.
Tindakan : Semua Guru Kelas
19.0 Kurikulum
19.1 Semua Ketua Panitia dan Penolong Kanan perlu
ada dokumentasi perancangan yang terkini, lengkap berserta dengan NKRA dan KPI
sendiri untuk dicapai bagi tahun 2013 bagi setiap bidang.
Tindakan : Ketua-ketua Panitia
19.3 Guru Besar turut mengingatkan supaya tiada
kumpulan-kumpulan PK1, PK HEM, PK KK dan sebagainya di sekolah.Semua staf perlu
kerja sebagai satu pasukan di bawah naungan Guru Besar.
Tindakan : Makluman
20.0 Pentadbiran
20.1 Tandas mesti ceria dan dicat dengan cat
kalis tulisan.
20.2 Tugas asas rasmi GB di sekolah melibatkan empat perkara iaitu Pemantauan
(Observation), Pencegahan (Preventive), Pembaikan (Corrective) dan Hukuman (Punitive).
Tindakan : Makluman
20.3 Sebarang bentuk buku aktiviti atau buku
kerja luar adalah tidak dibenarkan untuk dibeli oleh guru untuk kegunaan murid
dalam bilik darjah. Guru perlu menyediakan sendiri lembaran kerja dan kertas
ujian sendiri dengan menggunakan komputer dan bukannya mengambil 100% dari
buku-buku kerja.
Tindakan : PK1
& JK Peperiksaan Sekolah
20.4 Permohonan keluar negara mesti dibuat
sekurang-kurangnya 3 minggu atau lebih kepada JPN. Jika kurang dari 3 minggu,
GB tidak dibenarkan untuk menyokong dan tidak akan diluluskan oleh pihak
atasan. Tindakan tatatertib akan diambil jika kakitangan awam ke luar negara
tanpa kelulusan. Insuran untuk keluar negara layak sekali sahaja untuk satu
tahun.
Tindakan : Semua Guru
20.5 Guru-guru perlu memastikan bahawa bayaran
Buku Rampaian MSSPP dan Yuran MSSPP diselesai dengan cepat.
20.6 Guru-guru yang berpengalaman dalam
bidang-bidang tertentu diharapkan dapat berkongsi pengalaman dan membantu
rakan-rakan yang lain dalam bidang profesional perguruan.
21.0 Arahan Am
21.1 Semua Guru tertakluk kepada arahan Perintah
Am Kerajaan dan Pekekeliling yang di keluarkan dari masa ke semasa.Semua guru hendaklah
patuh kepada profesion keguruan dan arahan tugas.
Guru dan staf
sokongan perlu mengamalkan prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang setiap masa
21.2 Semua guru perlu menghayati Rukun Negara,
Falsafah Pendidikan Negara dan Matlamat Pendidikan Negara. Kepentingan murid
adalah lebih utama daripada kepentingan peribadi pada bila-bila masa waktu
bekerja dan akur kepada “Surat Aku Janji” yang telah ditandatangani oleh semua.
Tindakan : Semua Guru
22.0 Memo Rasmi Pentadbiran
22.1 Memo Rasmi pentadbiran dan pengurusan
sekolah akan dikeluarkan dari masa ke semasa sekiranya perlu oleh pihak
pentadbiran.
22.2 Semua guru wajib menandatangani sebagai
akuan telah baca memo tersebut dan seterusnya guru besar dan penolong kanan
akan meneruskan dengan tindakan yang sewajarnya berdasarkan memo yang
dikeluarkan.
22.3 Guru dan staf yang telah menandatangani memo
dan seterusnya tidak melaksanakan kandungan memo akan dianggap sebagai ingkar
arahan.
Tindakan : Makluman
23.0 Tidak Hadir Bertugas
23.1 Guru-guru dikehendaki memaklumkan dengan
segera kepada PK1 jika tidak dapat hadir ke sekolah pada hari berkenaan
selewat-lewatnya jam 7.25 pagi.
23.2 Ini disusuli dengan pesanan ringkas telefon
bimbit kepada GB untuk makluman juga sebelum 7.25 pagi. SMS adalah sebagai
bukti mohon.
23.3 Sijil sakit (MC) perlu diserahkan kepada GB
sahaja dengan berjumpa dengannya pada hari yang berikut. Hanya Ketua Jabatan sahaja
boleh “endorse” dan luluskan cuti
sakit.GB juga mengingatkan bahawa sijil sakit BUKAN cuti sakit selagi tidak diluluskan oleh GB.
23.4 Jika MC swasta lebih dari 15 hari, perlu
dapatkan pengesahan daripada doctor kerajaan. Guru-guru diingatkan bahawa setiap
MC yang diambil boleh menjejaskan rekod perkhidmatan secara tidak langsung.
Tindakan : Makluman
24.0 Cuti Rehat Khas
24.1 Setiap orang guru layak memohon kepada Guru
Besarcuti rehat khas sebanyak 7 hari setahun.
24.2 Pertimbangan meluluskan cuti adalah
berdasarkan syarat tidak menjejaskan perjalanan sekolah dan tidak mengganggu
P&P di sekolah. Oleh itu, ianya juga
perlu dirujuk dan disokong oleh PK 1.
Tindakan : Makluman
25.0 Keluar Dari Kawasan Sekolah
25.1 Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan
kawasan sekolah ketika bertugas kecuali kes-kes kecemasan seperti kematian
keluarga terdekat, menghadiri mesyuarat dan sebagainya. Ini perlu direkodkan di
dalam boring kebenaran keluar.
Tindakan : Makluman
26.0 Surat atau Pekeliling Untuk Tindakan
26.1 Semua maklum balas dari surat atau
pekeliling perlu dibereskan 3 hari sebelum tarikh
akhir.
26.2 Guru-guru perlu memastikan semua surat atau dokumen
telah disemak dan diperakui betul oleh PK yang berkaitan dan seterusnya mendapatkan
pengesahan dan tandatangan dari Guru Besar sebelum dihantar ke unit berkenaan.
26.3 Guru-guru diingatkan supaya mengelakkan
sebarang peringatan daripada JPN/PPD
samada secara bertulis ataupun secara panggilan telefon. (zero deffect).
Tindakan
: Pentadbir dan guru-guru
27.0 Buku Rekod Mengajar (BRM)
27.1 Guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
keselamatan Buku Rekod Mengajar sendiri.
27.2 Maklumat di dalam BRM mestilah teliti,
lengkap dan ditulis dengan tulisan yang kemas dan boleh dibaca.
27.3 BRM wajib diserahkan ke pejabat pada hari
Jumaat untuk disemak dan dibuat penilaian serta ditandatangani oleh GB/PK1.
Tindakan : Makluman
28.0 Jadual Waktu
28.1 Guru kelas hendaklah menyediakan satu
salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas masing-masing.
28.2 Guru-guru juga diingatkan supaya tidak
mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran GB walapun suka
sama suka.
29.0 Jadual Kedatangan Murid
29.1 Guru kelas bertanggungjawab mengisi
maklumat-maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan terkini.
29.2 Jadual kedatangan adalah dokumen rasmi. Oleh
itu, ia perlu ditulis dengan teratur, kemas, bersih dan ditanda sendiri setiap
hari oleh Guru Kelas (bukan murid atau ketua kelas) pada waktu pertama.
Sekiranya guru kelas tidak hadir, guru ganti
bertanggungjawab menandanya.Kedatangan murid harus dicatatkan pada waktu
pertama dan dihantar ke pejabat oleh guru sendiri selewat-lewatnya sebelum
pukul 9 pagi.
29.3 Guru Kelas diberikan masa untuk melengkapkan
Jadual Kedatangan Murid sebelum hujung bulan Januari dengan sempurna dan
lengkap.
29.4 Guru Kelas turut diingatkan supaya
menggunakan dakwat satu warna sahaja iaitu hitam atau biru.Nama murid mestilah
ditulis dengan huruf besar dan disusun mengikut abjad.
29.5 Butiran ibu bapa/waris perlu diisikan dengan
selengkapnya dan guru kelas perlu dapatkan maklumat terkini dari borang
maklumat murid yang baru.
29.6 Semua kutipan bayaran mesti direkod dengan
teliti dan lengkap. (jika ada)
29.7 Surat Amaran Pertama perlu dihantar kepada
ibu-bapa / waris selepas murid tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau 10 hari dalam kes
tidak berturut-turut. Surat Amaran Kedua dihantar 7 hari selepas amaran pertama
untuk kes berturut-turut atau 20 hari selepas amaran pertama untuk kes tidak
berturut-turut.Surat Amaran Terakhir (Surat berdaftar AR) dikeluarkan 7 hari
selepas amaran ke 2 untuk kes berturut-turut atau 20 hari selepas amaran ke 2
untuk kes tidak berturut-turut. Semua surat amaran mesti dibuat dalam 3 salinan.
29.8 Semua surat MC/tidak hadir murid-murid mesti
disimpan dengan baik dalam satu fail yang berasingan.
29.9 Jadual Kedatangan Murid perlu ditutup pada akhir bulan dengan baik dan sempurna
dengan memastikan pengiraan adalah tepat dan betul. (Tarikh tutup ialah
28hb/30hb/31hb).Sekiranya 30hb atau 31hb jatuh pada hari Sabtu dan Ahad maka
Jadual Kedatangan perlu ditutup pada hari Jumaat, bukan pada hari Isnin berikutnya.
29.10 Penggunaan pemadam cecair adalah tidak
dibenarkan.
Tindakan : Guru Kelas
30.0 Pelawat
30.1 Semua pelawat WAJIB berjumpa dengan GB/PK/PK
Hem terlebih dahulu sebelum dibenarkan berjumpa dengan guru, staf atau murid.
30.2 Guru tidak dibenarkan berbincang dengan mana-mana
wakil firma jualan, jurujual atau orang luar didalam kawasan sekolah tanpa
makluman dan kebenaran GB.
Tindakan : Makluman
31.0 Membeli Peralatan
31.1 Guru yang hendak membeli peralatan mesti
memohon kebenaran dengan menggunakan borang “Nota Minta” yang boleh didapati di
pejabat. Borang tersebut perlu mendapat pengesahan Ketua Panitia/PK1 sebelum
diluluskan oleh GB.
31.2 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru
yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.
Tindakan : Makluman
32.0 Buku Stok / Inventori
32.1 Ketua Panitia dan Guru Khas bertanggungjawab
menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalamnya lengkap,
tepat dan terkini.Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh GB dan PK.
Tindakan : Ketua Panitia
33.0 Tanda Nama
33.1 Semua guru wajib memakai tanda nama pada
hari persekolahan, semua majlis rasmi sekolah ataupun diluar sekolah yang
dianjurkan oleh PPD/JPN dan sebagainya.
34.0 Kelab Kebajikan Guru & Staf
34.1 Semua guru dan staf secara automatik menjadi
ahli Kelab Kebajikan Guru dan Staf. Jumlah yuran kelab tertakluk kepada
keputusan mesyuarat.
34.2 GB adalah penasihat kelab dan perlu dirujuk
terlebih dahulu sebelum menjalankan program atau memulakan apa-apa aktiviti di
dalam atau di luar sekolah.
34.3 Kelab Kebajikan Guru & Staf juga
tertakluk kepada semua peraturan Perkhidmatan Pelajaran dan tidak boleh
menjalankan sebarang perniagaan di sekolah yang mengaut keuntungan dari
murid-murid.
Tindakan : Makluman
35.0 Telefon dan Faks Sekolah
35.1 Penggunaanya hanyalah untuk kegunaan rasmi
sekolah sahaja. Guru-guru hendaklah menggunakan telefon sendiri atau telefon
awam di sekolah sekiranya ada urusan peribadi.Sekiranya perlu menggunakan juga
telefon pejabat untuk urusan peribadi maka guru perlu membayar dan mencatatkan
dalam buku rekod penggunaan telefon rasmi untuk tujuan pengauditan.
Tindakan : Makluman
36.0 Penggunaan Peralatan Sekolah
36.1 Semua peralatan pejabat hanya boleh
digunakan untuk urusan rasmi sekolah sahaja. Komputer-komputer yang telah digunakan,
perlu ditutup mengikut tatacara yang betul.
36.2 Guru-guru yang meminjam peralatan sekolah
perlu bertanggungjawab menjaganya serta memulangkannya semula dengan segera.
Segala kerosakan peralatan perlu dilaporkan.
Tindakan : Makluman
37.0 Perhimpunan Rasmi Isnin
37.1 Semua guru wajib berada ditempat perhimpunan
rasmi setiap hari Isnin tepat jam 7.35 pagi dan mengelakkan guru-guru dan
murid-murid yang lain tertunggu-tunggu.
37.2 Guru lelaki perlu memakai tali leher dan
baju kemeja berlengan panjang.
Tindakan : Semua guru lelaki
37.3 Semua guru perlu menyanyikan Lagu
Kebangsaan, Lagu Negeri dan bersama-sama dengan murid-murid untuk melafazkan
ikrar Rukun Negara.
37.4 Selepas perhimpunan, guru waktu pertama
mesti terus berjalan bersama-sama membawa murid masuk ke kelas masing-masing.
Tindakan :Makluman
38.0 Kunci
38.1 Semua kunci bilik-bilik khas mesti disimpan
di pejabat Jika ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu,
mesti mendapatkan kebenaran Guru Besar terdahulu.
38.2 Guru-guru tidak dibenarkan sama sekali untuk
membuat salinan kunci tanpa kebenaran GB. Guru yang memegang kunci bilik khas
perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bilik tersebut.Apabila berlaku kehilangan,
guru yang memegang kunci perlu bertanggungjawab keatasnya.
Tindakan : Makluman
39.0 Pesanan & Nasihat
39.1 Guru-guru dinasihatkan supaya elakkan dari :
a) Lewat masuk kelas
b) Keluar lebih awal dari waktu sebenar
c) Kawalan kelas yang lemah (murid terlalu
bising)
d) Tidak menyiapkan Buku Ringkasan
Mengajar.
e) Tidak menghantar Buku Ringkasan
Mengajar
f) Datang lewat semasa guru bertugas
mingguan
g) Ingkar kepada arahan yang diberikan
h) Mengajar sambil duduk di dalam kelas
i) Jarang menyemak atau kurang teliti
dalam menyemak buku latihan murid.
j) Guru Bertugas yang tidak prihatin
kepada masa misalnya, tidak menamatkan
perhimpunan pagi tepat pada masanya
k) Menggunakan telefon bimbit / dan menghantar pesanan ringkas dalam kelas
l) Menulis Buku Ringkasan Mengajar di dalam
kelas
m) Mengunakan komputer riba dalam kelas
yang tujuannya bukan untuk p&p
n) Tidur di dalam perpustakaan atau di
tempat lain.
o) Tidak memakai pakaian pejabat yang
sesuai dan betul, misalnya pemakaian baju batik pada hari khamis dan tali leher
semasa perhimpunan
p) Tidak memakai tanda nama
q) Tidak memakai pakaian PJ yang sesuai.
r) Laporan guru bertugas mingguan yang
kurang perihatin dan yang tidak tepat
s) Dan lain-lain lagi yang tidak
menunjukkan kewibawaan dan profesionalisme sebagai seorang guru.
39.2 Guru-guru diingatkan supaya sentiasa mencari
jalan untuk meningkatkan prestasi murid dalam semua subjek yang di ajar, lebih
proaktif.
Tindakan : Makluman
40.0 Pelantikan Rasmi
40.1 Guru Besar secara rasminya melantik semua
Jawatankuasa yang terlibat dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan
Kokurikulum.
40.2 Semua guru boleh merujuk kepada Manual Pengurusan
dan Perancangan Sekolah 2013.
Tindakan : Makluman
41.0 Hal-hal lain
41.1 Guru Besar mengedarkan Buku Rekod Mengajar,
Jadual Waktu dan Buku Kedatangan Murid.
41.2 Penolong Kanan Pentadbiran meminta kepada
guru-guru yang mempunyai masalah dengan jadual waktu supaya berjumpa dengannya
untuk berbincang.
41.2 PK 1 turut mengedarkan takwim sekolah untuk
sesi 2013.
41.3 Beliau turut memaklumkan cuti berganti 14
dan 15 Februari 2013 akan diganti pada 26 Januari 2013 dan 27 April 2013.
41.4 PK HEM memaklumkan Hari Orientasi Tahun 1
akan diadakan pada 28 Januari 2012 dan beliau turut mengedarkan Jawatankuasa
Kerja untuk program tersebut.
Tindakan : Makluman
42.0 Penangguhan Mesyuarat
42.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.01
tengahari.
Minit dicatat oleh:
Siti Rohayu
binti Hj. Ismail
Setiausaha
Mesyuarat GuruSK St Mark Perai