Laman blog untuk maklumat semasa, laporan aktiviti dan program dan segala-galanya mengenai sekolah.
Sunday, 30 December 2012
Friday, 28 December 2012
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)
GURU MENGAJAR MURID
BELAJAR
ABSTRAK
Pengetua
sebagai pemimpin kurikulum di sekolah perlu memastikan Tiga Idea Utama
Pendidikan terlaksana secara berkesan iaitu fokus kepada pembelajaran murid,
kolaborasi antara guru (kerja sepasukan) dan fokus kepada hasil atau
kemenjadian murid. . Guru yang meninggalkan bilik darjah selalunya mempunyai urusan atau alasan yang munasabah. Pasukan pentadbiran sekolah harus bijaksana dalam memainkan peranan memastikan academic learning time atau masa pembelajaran berkesan berjalan lancar dan guru mesti ada dalam bilik darjah serta berfungsi dengan sewajarnya.
Beberapa
cadangan diutarakan dalam kertas kerja ini bersama strategi pelaksanaannya
seperti Latihan Dalam Perkhidmatan, guru membuat tukar ganti atau jual beli
kelas, carta alir yang menetapkan SOP (Standard Operating Prosedur) bagi guru
cemerlang atau penceramah (guru) keluar sekolah masa P&P, meninggalkan
latihan untuk murid semasa berkursus melebihi satu hari, amalan pemantauan “Learning Walk” dan Program “Teach To Teach”.
Usaha melindungi masa instruksional
(protecting instruksional time) di
sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid ini memerlukan kerjasama dan sokongan padu daripada
semua peringkat lapisan sekolah kerana kejayaan melindungi masa instruksional
tidak mampu dicapai tanpa kerja berpasukan yang mantap.
1.0
PENGENALAN
Semua
program dan rancangan yang dirangka oleh KPM adalah berfokus kepada
keberhasilan pembelajaran murid dan ianya harus dilaksanakan tanpa halangan
bagi mencapai objektif yang telah disasarkan. Melindungi masa instruksional
merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional bagi memastikan
tempoh masa untuk pembelajaran secara berkesan berlaku tanpa halangan. Justeru, pengetua sebagai pemimpin kurikulum
di sekolah bertanggungjawab memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan
ini atau “academic learning time” berlaku
dalam kalangan murid-murid.
1.0
ISI
KANDUNGAN
Profesion perguruan atau bekerja sebagai
guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses
pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan
profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada
individu dan masyarakat. Y.A.B. Perdana
Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9 menekankan usaha-usaha
dilaksanakan agar dapat merealisasikan Misi Nasional. Namun begitu perubahan
dasar yang drastik dan kritikal telah memberi tekanan yang amat besar kepada guru-guru
di seluruh negara hingga berlaku kealpaan pada sikap amanah seorang guru
terhadap muridnya. Sedikit demi sedikit nilai kemanusiaan seorang guru terhakis
termasuklah nilai kepimpinan dan matlamat amanah bekerja terhadap profesionnya.
Guru-guru meninggalkan bilik darjah atas
urusan atau alasan seperti:
1
Mesyuarat/hadiri
taklimat
2
Berkursus
3
Menghadiri
majlis rasmi
4
Jemputan
ceramah (Guru Cemerlang)
5
Mengiringi
murid dalam pertandingan koakademik, sukan dan permaianan
6
Sikap
guru yang kurang “sense of urgency”
untuk hadir ke kelas tepat masanya.
7
Sikap
murid yang tidak minat belajar.
8
Guru
cuti sakit atau kecemasan.
9
Guru
cuti bersalin.
I.
CADANGAN
TINDAKAN / PENYELESAIAN
Pengetua
bertanggungjawab melindungi masa instruksional (masa pengajaran dan
pembelajaran) atau dengan kata lain memastikan guru mesti ada dalam bilik
darjah dan berfungsi sewajarnya.
A. Latihan dalam Perkhidmatan.
Sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu
menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan
yang menekankan amanah merupakan salah satu daripada sifat atau akhlak
yang mulia. Oleh itu tugas atau pekerjaan yang dipertanggungjawabkan ke atas
setiap orang, lebih-lebih lagi tugas atau pekerjaan yang dibayar upah
daripadanya adalah salah satu daripada amanah yang wajib dilaksanakan.
Melaksanakan tugas atau tanggungjawab itu pula hendaklah dengan penuh sifat
amanah seperti Firman Allah swt: Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah
kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah-amanah kamu,sedang kamu mengetahui (salahnya). (Surah
al-Anfal :27).
Guru-guru mesti memastikan jumlah waktu
pengajaran yang telah diamanahkan peruntukan masa untuk mengajar mestilah
mencukupi bagi setiap mata pelajaran yang diajar bagi setiap minggu. Perlu
diingatkan sebagai seorang Islam, kecukupan masa mengajar yang merupakan amanah
seorang guru akan disoal apabila di akhirat nanti.
A.
Meninggalkan
bilik darjah untuk satu hari (seperti menghadiri mesyuarat, kursus, taklimat,
menghadiri majlis rasmi, memohon cuti CRK, mengiringi murid dan jemputan
ceramah).
·
Guru-guru hendaklah
seboleh-bolehnya membuat tukar ganti
atau jual beli masa pengajaran dengan guru-guru lain yang mengajar kelas yang
sama sebelum menghadiri urusan tersebut. Sebuah papan kenyataan disediakan di
bilik guru untuk guru-guru membuat urusan tukar ganti atau jual beli kelas dan
memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran apabila urusan tukar ganti atau
jual beli selesai.
·
Bagi sekolah-sekolah
luar bandar yang muridnya tidak
cemerlang dan ibu bapa kurang prihatin terhadap prestasi akademik anaknya,
pihak sekolah menghadapi masalah kehadiran murid-murid jika bengkel teknik
menjawab peperiksaan dibuat pada sebelah petang. Oleh itu, guru akan menyusun
jadual ceramah supaya dilaksanakan pada sebelah pagi bagi mengatasi masalah
ketidakhadiran murid. Situasi ini kadang-kadang disalahkan erti oleh pengetua
yang guru cemerlang atau penceramah bertugas di sekolahnya dalam usaha
sama-sama melindungi masa instruksional di sekolah masing-masing. Justeru, satu
carta alir yang menetapkan SOP (Standard Operating Prosedur) dicadangkan untuk
diaplikasikan bersama antara pengetua ( rujuk Lampiran 2) dalam usaha
memastikan kepakaran guru dan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid
dikongsi bersama.
·
Jika masa P&P
diguna untuk ceramah atau bengkel teknik menjawab peperiksaan, sudah pasti
P&P rasmi yang sepatutnya berjalan terhalang yang melibatkan guru P&P
rasmi dan guru yang mata pelajarannya sedang diberi ceramah. Justeru, dalam usaha melindungi masa instruksional
penyelesaian yang harus diambil ialah :
-
Bagi guru yang masa
P&P rasmi terhalang.
Ketua Panitia
cari alternatif supaya P&P rasmi
guru tersebut diganti hari lain.
Sebaiknya masa P&P rasmi mata pelajaran yang dibuat teknik menjawab
dijadikan ganti.
-
Bagi guru yang mata pelajarannya sedang diceramah.
Guru tersebut mungkin
ada P&P kelas lain pada masa itu.
Jika guru ingin mengikuti ceramah bersama murid, hendaklah membuat tukar ganti
kelas dengan guru lain supaya P&Pnya tidak kekurangan waktu mengajar.
A.
Meninggalkan
bilik darjah melebihi satu hari (seperti menghadiri kursus)
Guru-guru akan
sama ada membuat :
·
urusan tukar ganti atau
jual beli kelas sebelum menghadiri kursus, atau
·
meninggalkan latihan
atau kerja murid dengan menulis tarikh dan masa latihan perlu diedarkan kepada
Penolong Kanan Pentadbiran. Guru guru ganti akan memastikan murid membuat
latihan pada masa/waktu mata pelajaran sepatutnya berlaku. Dengan ini, masa
instruksional untuk mata pelajaran tersebut dilindungi.
B.
Kurang
sense of urgency
untuk hadir ke kelas tepat masanya.
Kepimpinan
instruksional merupakan pemimpin sekolah yang mengambil peduli atau cakna
terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pengetua perlu sentiasa
kelihatan dan mengekalkan visibiliti yang tinggi dalam usaha memperbetulkan
keadaan sekolah untuk penambahbaikan prestasi murid. Dalam situasi ini, pengetua mengamalkan pemantauan Learning
Walk yang melibatkan:
·
lawatan
ringkas pengetua( tanpa menetapkan masa lawatan) ke bilik darjah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan
·
pengetua
berada dalam bilik darjah dengan memfokuskan kepada kurikulum operasi selama 5
– 10 minit.
·
data dikumpul daripada proses P&P dengan
membuat catatan dalam borang pemantauan (rujuk Lampiran 3).
·
guru
dan pengetua membuat muhasabah (reflect)
proses pengajaran.
·
dalam
perjumpaan guru, pengetua berkongsi amalan pengajaran yang baik dan menegur
kebiasaan yang ditemui semasa lawatan
C. Sikap
murid yang tidak minat belajar.
Satu
daripada punca yang dikenalpasti di sekolah ini guru meninggalkan bilik darjah
ialah kerana rasa putus asa apabila murid tiada
minat untuk belajar. Guru membuat persediaan untuk mengajar mengikut
Rancangan Pengajaran Harian tetapi murid ‘hilang’ atau tidak berada di dalam
kelas, ponteng mata pelajaran tertentu dan selalu tidur semasa guru mengajar.
Bagi seorang guru yang merasakan ”teaching
is a work of heart”, situasi begini akan dapat ditangani dengan mudah dan
efektif. Tetapi bagi sesetengah guru yang kurang bermotivasi, jalan mudah
diambil ialah dengan tidak berada dalam bilik darjah. Jika ini berlaku, punca
masalah murid tidak berminat belajar tidak akan dapat diselesaikan.
Cadangan
penyelesaian bagi keadaan begini ialah program “Teach To Teach”. Strategi pelaksanaannya ialah :
·
Guru
yang menghadapi masalah pengajaran atau masalah murid tidak memberi tumpuan
semasa P&P berjumpa pengetua untuk berbincang.
·
Guru
mengisi borang (rujuk Lampiran 1, Program “Teach
To Teach” )
·
Menetapkan
tarikh, hari, masa, topik yang hendak diajar dan memberi bahan pengajaran (jika
ada) yang perlu kepada pengetua.
·
Pengetua
melaksanakan pengajaran seperti dirancang oleh guru.
·
Pengetua
memberi maklum balas kepada guru berkaitan pengajaran guru yang perlu dibaiki
dan petua menarik minat pembelajaran murid.
·
Pengetua
berkongsi amalan pengajaran yang baik dan menegur kebiasaan yang ditemui semasa
pengajarannya dalam kelas yang bermasalah tadi.
D. Cuti Sakit atau Kecemasan
Bagi
kes ini, masa instruksional dilindungi apabila guru ganti masuk kelas dengan
membawa Bakul Ilmu (disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah untuk Program “1
School Reads”) untuk dibaca oleh murid-murid dan mengisi Rekod Buku Nilam jika
selesai bacaan.
E. Guru
Cuti Bersalin
Pengetua
seharusnya memastikan enam bulan sebelum guru bercuti, guru telah merancang dan
membuat kelas-kelas bagi menyelesaikan tajuk-tajuk mengikut Rancangan
Pengajaran Tahunan yang ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian untuk
tajuk-tajuk yang perlu diselesaikan ini juga perlu dibuat pada muka surat khas
supaya mudah dipantau oleh pengetua.
Kelas
tambahan yang diadakan hendaklah dibuat selepas masa persekolahan, masa cuti
persekolahan atau masa-masa lain yang sesuai tetapi tidak menggangu masa
P&P rasmi. Cadangan ini adalah untuk
memastikan masa instruksional dilindungi jika sekolah tidak mendapat guru ganti
pada masa guru cuti bersalin nanti.
I.
KESIMPULAN
Melindungi
masa instruksional perlu dirancang dengan penuh kebijaksanaan oleh pemimpin
sekolah dan guru-guru bagi memastikan pembelajaran berlangsung di sekolah dan
murid akhirnya dapat belajar secara berkesan. Usaha ini memerlukan kerjasama dan sokongan padu
daripada semua peringkat lapisan sekolah kerana kejayaan melindungi masa
instruksional tidak mampu dicapai tanpa kerja berpasukan yang mantap.
1.0
SYOR
Dicadangkan
agar program ini dapat dilaksanakan di semua sekolah. Pelaksanaannya diharap
dapat memastikan Tiga Idea Utama Pendidikan (Three Big Ideas In Education) terlaksana iaitu fokus kepada pembelajaran
murid, kolaborasi antara guru (kerja sepasukan) dan fokus kepada hasil atau
kemenjadian murid.
2.0
RUJUKAN
1. Bahan
Kursus Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) untuk Guru Kanan, PK
Pentadbiran, Pengetua Dan Guru Besar, pada 22 -24 Mei 2012 di IAB(Utara).
2. Melindungi Masa
Instruksional (Protecting Instruktional Time) Di Sekolah Untuk
Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran
Murid. Nota Sektor Operasi Pendidikan, KPM 2012.
3. Amalan-Amalan Terbaik
Pengurusan Pendidikan. Majlis Pengetua
Cemerlang Kebangsaan, 2010.
Tuesday, 25 December 2012
Friday, 21 December 2012
Mesyuarat Guru Pertama Sessi Persekolahan 2013
MESYUARAT GURU PERTAMA UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2013
Tarikh : 26.12.2012
Hari : Rabu
Masa : 8.30 a.m. - 1.00 p.m.
Tempat : Bilik Mesyuarat SK St Mark Perai
Pakaian : Rasmi pejabat
Pengerusi Mesyuarat : En Abdul Razak b Kamal
Agenda :
1. Aluan Pengerusi Mesyuarat
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Terakhir
3. Perkara berbangkit
4. Perutusan dan Taklimat Guru Besar
5. Perlantikan Rasmi Jawatankuasa 2013 dan edaran Takwim Perancangan 2013
6.Taklimat PK Pentadbiran dan Kurikulum
7.Taklimat PK Hal Ehwal Murid
8.Taklimat PK Kokurikulum
9. Hal-hal Lain
10.Penangguhan mesyuarat
Semua guru dijemput hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Terima kasih
Tarikh : 26.12.2012
Hari : Rabu
Masa : 8.30 a.m. - 1.00 p.m.
Tempat : Bilik Mesyuarat SK St Mark Perai
Pakaian : Rasmi pejabat
Pengerusi Mesyuarat : En Abdul Razak b Kamal
Agenda :
1. Aluan Pengerusi Mesyuarat
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Terakhir
3. Perkara berbangkit
4. Perutusan dan Taklimat Guru Besar
5. Perlantikan Rasmi Jawatankuasa 2013 dan edaran Takwim Perancangan 2013
6.Taklimat PK Pentadbiran dan Kurikulum
7.Taklimat PK Hal Ehwal Murid
8.Taklimat PK Kokurikulum
9. Hal-hal Lain
10.Penangguhan mesyuarat
Semua guru dijemput hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Terima kasih
Tuesday, 27 November 2012
MINIT CURAI : KSSR DAN PBS DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3
MINIT CURAI KURSUS PENDEDAHAN KSSR DAN PBS
DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3
Nama Guru : M.Tilaheshwary
a/p Marimuthu
Perkara : Kursus Pendedahan (KSSR) dan ( PBS ) Dunia Seni Visual
Thn 3.
Penganjur : Sektor
Pengurusan Akedamik, JPN Pulau Pinang
Tempat : SK Pokok
Sena. Kepala Batas ( Dewan Sekolah)
Tarikh : 10 – 13 Oktober 2012
Dunia Seni Visual bermatlamat :
•
untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual.
•
Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta
dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Laporan :
10.10.2012 ( Rabu)
MASA
|
PERKARA
|
8.00-10.00 pagi
|
§
Taklimat umum KSSR Tahun 3 (
Pn. Norhayati bt. Mat Sharif )
§
Penerangan tentang Pengisian
Dokumen Standard Kurikulum
(Dunia Seni
Visual)
-
Adalah Modul berteraskan Tema
-
Topik Penerangan yang
terkandung di dalam dokumen standard kurikulum
a)
Organisasi Kurikulum Dunia
Seni Visual
b)
Bidang Kegiatan ( terdiri
daripada 4 bidang iaitu menggambar (lukisan, catan, gosokkan & renjisan),
membuat corak dan rekaan (corak terancang & tidak terancang), membentuk
dan membuat binaan ( mobail, boneka & topeng) dan akhir sekali mengenal
kraf tradisional (anyaman, alat pertahankan diri, alat perhiasan diri)
c)
Pemetaan bidang kegiatan DSV
Thn 3
d)
Standard Kandungan terdiri
daripada ( persepsi estetik, aplikasi
seni, ekspresif kreatif, apresiasi seni visual )
e)
Standard Pembelajaran DSV
f)
Contoh modul pengajaran DSV
tahun 3.
g)
Definisi standard
pembelajaran dan standard kandungan
|
10.30-12.00
tengahari
|
§
Penerangan tentang kemahiran
Abad ke-21
-
Menekankan pembelajaran yang
seimbang, cthnya lebih memusatkan atau memaksimakan penglibatan murid dalam
proses pembelajaran dan pada masa yang sama guru berfungsi sebagai
fasilitator atau pembimbing dan penilaian haruslah dijalankan dalam bentuk
formatif dan sumatif, menekankan pembelajaran kolaboratif, membina keyakinan
diri murid dan menjadikan mereka insan yang inovatif dan kreatif dan sbgnya
untuk memenuhi kritirea peluang pekerjaan pada masa kini.
·
Elemen merentas kurikulum
-
Elemenen merentas kurikulum
yang ditekankan dalam DSV Tahun 3 ialah keusahawanan yang terdiri daripada 5
indikator berikut:
a)
Mengamalkan sikap
keusahawanan ( EK 1 )
b)
Mengamalkan cara berfikir
kearah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan ( EK 2 )
c)
Mengamalkan pengetahuan dan
kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti kehidupan
seharian yang relevan (EK 3 )
d)
Menghasilkan produk
berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi & vokasional ( EK 4 )
e)
Mengamalkan nilai moral dan
etika yang baik dalam konteks keusahawanan ( EK 5 )
|
2.00 – 5.00
petang
|
§ Panduan pengajaran DSV
Tahun 3 ( Pn. Shazalila bt. Samsudin-Unit Pendidikan Seni Visual).
-Standard
Kandungan
a) 1.1 - Persepsi estetik ( Murid dpt mengenal, memahami dan menyatakan
bahasa seni visual yang
b) 1.2 - Aplikasi Seni ( Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni
visual, media serta proses dan teknik dalam pengahasilan catan.
c) 1.3- Ekspresif Kreatif (Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan
karya.
d) 1.4 – Apresiasi
seni ( Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual)
§
Penerangan tentang Bahasa
Seni Visual ( En. Mohd Shazlan b. Shahudin).
-
Bahasa Seni Visual terdiri
daripada dua kategori iaitu:
a)
Unsur Seni – Garisan, Jalinan, warna,
rupa, bentuk dan ruang.
b)
Prinsip rekaan - Harmoni, Kontra, Penegasan, Kepelbagaian,
Kesatuan, Imbangan, Ritma dan pergerakan.
-
Matlamat utama bahasa seni
visual ialah untuk mencapai kesatuan dalam satu gubahan.
§
Penerangan tentang istilah
dan pengertian dalam bidang dan aktiviti DSV
Terdapat 4 bidang aktiviti iaitu menggambar, membuat
corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, mengenal kraf tradisional.
-
Menerangkan jenis-jenis
teknik yang terdapat dalam keempat-empat bidang tersebut.
|
MASA
|
PERKARA
|
8.00-10.00
pagi
|
§ Penerangan tentang cara menulis Rancangan Pelajaran Harian DSV
Tahun 3 (Pn. Norhayati bt. Mat Sharif)
§ Sekiranya guru merancang sesi pengajaran dan pembelajaran untuk dua minggu-minggu pertama
-
Standard kandungan mempunyai
4 bidang yang boleh ditulis
dalam bentuk kod contoh 1,2,3,4.
-
Standard pembelajaran terbahagi
kepada 4 tetapi boleh dibahagikan kepada 2 standard pada minggu ini dalam bentuk kod 1.1 dan
1.2 dan 2 standard pada minggu hadapan.
-
Objektif perlu ditulis berdasarkan
kepada 2 standard pembelajaran iaitu apa yang ingin dicapai pada standard pembelajaran 1.1 dan 1.2.
-
Aktiviti yang dirancang perlu
rujuk kepada standard pembelajaran iaitu dari 1.1 dan 1.2.
-
Penerapan nilai ditulis berdasarkan kepada pengajaran
gikgu menggunakan kaedah pedogogi
contoh pembelajaran masteri ,kbkk,belajar cara belajar dan sebagainya.
-
EMK-terbahagi kepada 3 iaitu
keusahawanan,kreativiti dan TMK.tidak semestinya guru menulis ketiga-tiga
elemen ini dlm RPH bergantung kepada perancangan guru.
-
Nilai dan sikap apa yg cikgu terapkan pada pelajar
sebagai contoh
ketekunan,bekerjasama dan tolong
menolong.
-
Hasil pembelajaran boleh ditulis
merangkumi 2 standard pembelajaran.
-
Pentaksiran boleh ditulisdengan
pemerhatian,intrumen,lisan dan interaksi – band 1 hingga band 3.
-
Refleksi boleh ditulis berdasarkan
jumlah bilangan pelajar yang tercapai objekti dan tidak tercapai objektif.
|
10.30-12.00
tengahari
|
§
Sesi Pembengkelan
-
Peserta dibahagikan kepada 16
kumpulan
-
Setiap kumpulan dikehendaki
menyediakan bahan karya mengikut bidang yang telah diberi.
-
Setiap contoh hasil karya
yang dihasilkan mesti merangkumi kriteria dari band 1 hingga band 6, supaya
guru dapat membezakan hasil karya murid mengikut band yang betul.
|
2.00 – 5.00
petang
|
§
Sesi Pembengkelan disambung
§
Sesi Pembentangan Hasil Karya
oleh setiap kumpulan
|
12.10.2012 ( Jumaat)
MASA
|
PERKARA
|
8.00-10.00 pagi
|
§
Sesi pembentangan Hasil Karya
disambung.
|
10.30-12.00
tengahari
|
§ Penerangan tentang Pentaksiran Berasakan Sekolah ( PBS )
-
Penerangan tentang istilah
dan peranan PBS.
-
Contoh borang senarai semak
Standard Prestasi DSV Thn3
-
Contoh borang rekod transit
dan cara pengisian.
-
Pemetaan Deskriptor DSV Thn
3.
-
Jenis-jenis instrumen
Pentaksiran yang boleh digunakan seperti:
a)
Kaedah kertas dan pensil.
b)
Ujian/Peperiksaan.
c)
Pemerhatian.
d)
Temubual
e)
Perbincangan
f)
Senarai semak
g)
Soal selidik
h)
Pengukuran sikap
i)
Portfolio
j)
Jurnal
-
Peranan Standard Prestasi
dalam PBS.
§
Penerangan tentang pengisian
Dokumen Standard Prestasi Dunia Seni Visual Tahun 3.
|
2.00 – 5.00
petang
|
§
Sesi pembengkelan ( cara
mengisi rekod transit )
-
Setiap kumpulan dikehendaki
menggunakan hasil karya yang telah dihasilkan pada bengkel lepas sebagai
rujukan atau contoh untuk mengisi rekod transit.
|
13.10.2012 ( Sabtu)
MASA
|
PERKARA
|
8.00-10.00 pagi
|
§
Sesi pembengkelan dilanjutkan.
|
10.30-12.00
tengahari
|
§
Sesi pembentangan.
-
Setiap kumpulan dikehendaki
membentangkan dan menjelaskan rasional band-band yang diberi didalam rekod
transit merujuk kepada hasil karya masing-masing.
-
Diberi bimbingan oleh
penceramah tentang cara pengisian band yang betul dan tepat dengan pencapaian
murid-murid.
|
2.00 – 5.00
petang
|
§ Sesi pembentangan disambung
§ Sesi Penutup.
|
Pelapor :
………………………………….. Tarikh
: 22hb Nov 2012
( M.Tilaheshwary a/p Marimuthu)
Guru Ilmu DisiplinDunia Seni Visual
Subscribe to:
Posts (Atom)