Pages

Wednesday 24 April 2013

TERIMA KASIH DAUN KELADI....

Salam sejahtera

           Kejohanan Rentas Desa peringkat sekolah telah selesai diadakan pada hari Jumaat 19 April 2013 (Jumaat) dengan jayanya. Cuaca yang baik serta tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
       Pihak sekolah mengambil kesempatan mengucapkan TERIMA KASIH DAUN KELADI kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak langsung.TERIMA KASIH juga kepada penyumbang minuman isotonik.
          Diharap hubungan yang terjalin akan terus dijalinkan.


Hayazi Shorer
Setiausaha Sukan

Kejohanan Bola Baling MSSPP Zon Permatang Pauh 12 TKB

Salam sejahtera
        Sekolah Kebangsaan St. Mark Perai telah menyertai Kejohanan Bola Baling MSSPP zon Permatang Pauh 12TKB pada 22 April hingga 23 April di Padang Sekolah Kebangsaan Taman Inderawasih. Sekolah Pengelola adalah Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh. Sekolah Kebangsaan St. Mark telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan  lelaki dan pasukan perempuan. Jurulatih pasukan adalah Puan Siti Rohayu Hj Ismail dibantu Encik Amiruddin Hj Omar dan pengurus pasukan pula En. Irwan Shah Hj Mohd Nor. Pasukan sekolah bagaimanapun gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Walaupun gagal, para pemain sudah berusaha mempamerkan permainan yang meyakinkan dan ada potensi untuk terus maju pada masa akan datang. TAHNIAH.

    Sekolah juga bertuah kerana Setiausaha Sukan En. Hayazi Shorer telah dipilih membantu kejohanan tersebut. Penyertaan beliau untuk kali kedua selepas membantu kali pertama tahun lepas. Satu penghormatan kepda beliau dan pihak sekolah.

TAHNIAH kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda yang muncul juara kategori lelaki manakala Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir muncul juara kategori perempuan.

Thursday 11 April 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013




 KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013 
PERINGKAT SEKOLAH

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.


2.         Sehungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa tahun 2013 peringkat sekolah. Butiran aktiviti seperti berikut:

            Tarikh               : 19 April 2013

            Hari                  : Jumaat

            Masa                : 8.00 pagi – 12 tengah hari.

            Tempat             : Kawasan sekitar Sekolah Kebangsaan St. Mark Perai


3.         Pihak sekolah ingin menjemput tuan/puan bersama meraikan kejohanan tersebut.Di samping itu pihak sekolah juga ingin menjemput tuan/puan bersama memeriahkan aktiviti “Jalan Mesra bersama komuniti” yang melibatkan murid tahun 1 dan 2. 


3.         Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Encik Hayazi Shorer Setiausaha Sukan di talian 04-3902179 /0164068378 atau hayazisksmp@gmail.com.

Thursday 4 April 2013

Minit Curai Bengkel Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga Peringkat Negeri Pulau Pinang Ambilan 2

Tarikh         : 20 hb Mac hingga 22 Mac 2013
Hari            : Rabu hingga Jumaat
Tempat        : Hotel Park Avenue
Anjuran       : JPNPP, CETREE USM

Aturcara
Rabu (20/3/2013)
  1. Pendaftaran bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
  2.  Majlis perasmian bermula jam 8.30 malam.
  • Majlis dirasmikan oleh En. Shamsir Jemain Penolong Pengarah Kokurikulum JPNPP.
  • Penerangan ringkas tentang tenaga boleh baharu(TBB) dan kecekapan Tenaga (KT) oleh Pegawai dari CETREE USM dan En. Shamsir Jemain
  • Pembahagian kumpulan mengikut subjek dan kokurikulum
Khamis (21/3/2013)
8.30 pagi - 10.30 pagi
  • Setiap kumpulan diberi tugasan mengikut subjek.
  • satu projek atau satu rancangan pengajaran mesti dibuat.
  • Buku panduan diberi untuk panduan. 
11.00 pagi - 1.00 tengah hari
  • Perbincangan di kalangan ahli kumpulan
  • Meneruskan aktiviti/projek
2.30 petang - 4.30 petang
  •  Meneruskan aktiviti/projek
  • Menyediakan bahan pembentangan (MS Powerpoint/model)
8.30 malam - 10.30 malam
  •  Perbentangan oleh kumpulan.

Jumaat (22/3/2013)
8.00 pagi -10.30 pagi
  • sambungan pembentangan kumpulan
 11.00 pagi - 1.00 tengah hari
  • Refleksi/rumusan
  • Majlis penutup

Tindakan selepas bengkel
  1. Mengadakan LDP kepada rakan guru yang lain di sekolah.
  2. Menubuhkan jawatankuasa Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan Kecekapan Tenaga (KT).
Laman Web/Facebook
www.facebook.com/tbb&ktpenang
www.you tube.com (tbbkt2013)
www.cetree.usm.my