Pages

Friday 18 January 2013

Minit Curai Taklimat Pengelolaan Kejohanan MSSPP Zon Permatang Pauh

Salam sejahtera...

Minit curai Taklimat Pengurusan/Pengelolaan Kejohanan MSSPP Zon Permatang Pauh

Tarikh                : 17 Januari 2013
Hari                    : Khamis
Masa                   : 2.30 petang
Tempat                : Bilik Mesyuarat PPDT
Pengerusi             : Tuan Haji Mohd Noor (Pegawai Sukan Kanan (Cemerlang)

1. Taklimat Pengurusan Kewangan
   (a) Sekolah pengelola perlu hantar penyata kewangan akaun kerajaan kepada PPDT untuk penerimaan peruntukkan.
   (b) Selepas terima peruntukan, pembantu tadbir perlu hantar resit penerimaan kepada PPDT untuk audit.
   (c) Semua pembayaran hendaklah direkodkan.
   (d) Anggaran perbelanjaan tahun 2013 lebih kurang tahun 2012. Penggunaan peruntukan mesti guna nota minta untuk tujuan pengeluaran wang dari akaun kerajaan.
   (e) Tidak dibenarkan mengutip sebarang yuran daripada setiap pasukan.
   (f) Sebarang masalah mengenai pengurusan kewangan boleh berhubung dengan Puan Nafisah dari unit kewangan PPDT.

2. Pengelolaan Pertandingan
  Sekolah pengelola perlu lakukan beberapa langkah
  (a) Bentuk jawatankuasa pengelola.
  (b) Berhubung dengan penyelaras permainan
  (c) Buat anggaran perbelanjaan
  (d) Menetapkan tarikh dan tempat kejohanan
  (e) Memanggil mesyuarat pengelolaan
          Agenda mesyuarat
           - Ucapan pengerusi pengelola
           - Ucapan pengerusi zon/setiausaha zon
           - Penetapan tarikh dan tempat kejohanan
           - Undian kumpulan
           - Perbincangan hadiah
           - Taklimat pegaai kejohanan
           - Hal-hal lain
  (f) Mengelola pertandingan
  (g) Menyediakan laporan
  (h) Membantu menyediakan pasukan ke kejohanan negeri.



Disediakan oleh:

Hayazi Shorer
Setiausaha Sukan 2013
SK St. Mark Perai